Dua maut selepas makan di restoran milik usahawan Malaysia di Taipei, Taiwan

Lapan yang lain mengalami muntah-muntah dan cirit-birit dalam kejadian pada 19, 21 dan 22 Mac lalu

11:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua lelaki berusia 39 dan 66 tahun maut disyaki akibat keracunan makanan selepas dilaporkan makan di sebuah restoran vegetarian milik usahawan Malaysia di Taipei, Taiwan baru-baru ini.

Menurut kenyataan Datuk Bandar Taipei, Chiang Wan-an, untuk itu semua cawangan rangkaian restoran itu diarah tutup bagi tujuan siasatan susulan laporan kematian dan beberapa lagi dimasukkan hospital untuk rawatan lanjut.

Ia melibatkan salah sebuah cawangan restoran itu di Taipei.

Jabatan Kesihatan Taipei seperti dipetik The Straits Times melaporkan, lapan orang pelanggan di restoran itu di Xinyi dilaporkan mengalami muntah-muntah dan cirit-birit pada 19, 21 dan 22 Mac lalu dan kini menerima rawatan di hospital.

Salah seorang daripadanya dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Seorang lelaki berusia 39 tahun yang makan di restoran itu pada 22 Mac lalu meninggal dunia dua hari kemudian, manakala seorang lagi berusia 66 tahun meninggal dunia hari ini.

Mereka dipercayai telah makan kuetiau goreng basah, mi goreng dan hidangan lain di restoran itu.

Sampel makanan kemudiannya diambil untuk ujian dan ia berkemungkinan melibatkan kes keracunan makanan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Taiwan (TFDA), Wu Shou-mei berkata, pihaknya telah mengambil sampel produk makanan termasuk kubis dan sos soya yang biasanya mempunyai risiko pencemaran yang tinggi.

“Walaupun restoran itu lulus pemeriksaan keselamatan pada 2022, pemeriksa kesihatan yang menjalankan siasatan susulan kes keracunan makanan terbabit menemukan beberapa masalah seperti tahi lipas dan kegagalan menyediakan rekod kesihatan pekerja,” katanya. – 27 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related