Dakwa orang Melayu malas, pengusaha restoran mamak teruk dikecam

Susulan kenyataan kontroversi itu, netizen menggesa orang ramai supaya memboikot restoran miliknya

4:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas ‘Makcik Kemboja’, kini seorang pengusaha restoran mamak yang beroperasi di Manjung, Perak pula dikecam netizen gara-gara kenyataannya yang mendakwa orang Melayu malas.

Individu tersebut, Suhail Abdulla menerusi hantaran di Facebooknya mendakwa, dia datang ke Malaysia dari India dan berjaya dalam masa 10 tahun kerana rajin bekerja berbanding orang Melayu yang malas.

“Orang Melayu Malas, mamak kerja kuat,” katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun mengundang kemarahan netizen yang menggesa orang ramai supaya memboikot restoran miliknya.

“Boikot mamak k*** ni. Dia tak tahu Melayu majoriti support (sokong) lepas tu bangang bila dah berjaya. Meh kita semua Melayu tak payah support dia. Aku nak tengok berapa kerat pergi kat kedai dia ni,” kata @ulamraja97.

“Boikot, boikot, boikot. The next gang of makcik Kemboja,” kata @terpalingVocal.

“Dekat negara sendiri tak berjaya. Datang merempat dekat negara orang. Dah berjaya perangai lahabau (celaka) pula,” kata @sanns55.

Antara status yang dimuat naik individu bernama Suhail Abdulla ketika mengulas isu KK Mart hingga mencetuskan kemarahan netizen. – Gambar media sosial, 27 Mac, 2024

Dalam pada itu, beberapa netizen turut menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit kerana kenyataannya yang menghina orang Melayu berhubung insiden KK Mart cawangan Bidor yang dilempar dengan molotov cocktail (bom petrol) pagi semalam.

“Melayu ni kurang pakai otak. Semua mahu boikot, esok ekonomi negara jatuh salahkan perdana menteri,” katanya dalam satu hantaran berasingan di Facebooknya.

Tinjauan Scoop di Facebook Suhail mendapati hantaran kontroversinya itu sudah dipadamkan, bagaimanapun ia sudah tular di media sosial.

Kenyataan Suhail itu dikaitkan netizen dengan kes makcik Kemboja atau nama sebenarnya, Mariah Yaakob,47, yang mendakwa orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas pada 27 November lalu.

Susulan dikecam hebat netizen, usahawan berpangkalan di Johor Bahru itu membuat permohonan maaf dalam satu sidang media selepas videonya membuat penstriman langsung di sebuah gedung pakaian Muslimah tular.

Pada 7 Disember lalu, Mariah dan anak lelakinya masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas tuduhan berasingan mengeluarkan kenyataan dan memulakan komunikasi video jelik mendakwa orang Melayu sebagai malas di media sosial pada November lalu. – 27 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related