SPR terima pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu

Penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong meninggal dunia pada 21 Mac lalu

9:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Kuala Kubu Bharu.

Ini susulan kematian penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, sebagaimana diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Bab 5 Fasal (5) Perkara LXX, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan tersebut berlaku dan disahkan oleh SPR.

“Sehubungan itu satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu akan diadakan pada 4 April ini.

“Mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan serta persiapan-persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincang dan diputuskan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Ogos tahun lalu, mendiang menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi. – 26 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related