SPRM benarkan permohonan Mokhzani Mahathir lanjutkan tempoh isytihar harta sehingga 25 April ini

Ini merupakan lanjutan kali kedua yang diberikan kepada Mokhzani selepas membuat permohonan baru-baru ini

6:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ahli perniagaan, Tan Sri Mokhzani Mahathir diberikan tempoh lanjutan selama sebulan lagi bagi mengisytihar harta seperti dituntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

Ini lanjutan kali kedua yang diberikan kepada Mokhzani selepas membuat permohonan baru-baru ini.

Bercakap kepada Scoop, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, lanjutan kali pertama sepatutnya berakhir semalam.

“Untuk itu permohonan lanjutan telah dikemukakan dan tempoh sebulan lagi diberikan kepada beliau (Mokhzani) iaitu sehingga 25 April ini,” katanya.

Mokhzani pada awalnya diberikan tempoh 25 Januari sehingga 25 Februari untuk mengisytihar harta dan memohon untuk dilanjutkan sehingga 25 Mac.

Pada 26 Januari lalu, SPRM telah menyerahkan satu perintah notis kepada Mokhzani untuk beliau mengisytihar harta di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

Ini selepas ahli perniagaan itu dipanggil bagi membantu siasatan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

SPRM telah memanggil anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu dan siasatan turut dilakukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sumber memberitahu, siasatan dilakukan SPRM terhadap ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai kaitan pegangan saham beliau dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mendapatkan projek kerajaan.

Katanya, syarikat GLC itu dikatakan turut memenangi lesen fabrikasi struktur cari gali sebuah syarikat gergasi petroleum negara yang ketika itu bapanya merupakan Perdana Menteri (Dr Mahathir).

Baru-baru ini Scoop melaporkan, seorang lagi anak Dr. Mahathir, Mirzan diberi tempoh sebulan lagi bagi mengisytihar harta.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Tempoh lanjutan itu diberikan kepada Mirzan sehingga 15 April ini.

Mirzan sebelum ini diberikan tempoh antara 15 Januari sehingga 15 Februari untuk berbuat demikian namun memohon untuk melanjutkannya sehingga 15 Mac.

Dalam satu kenyataan bersama pada 8 Februari lalu, Mirzan dan Mokhzani menegaskan, mereka sedang menyusun maklumat mengenai pengisytiharan aset seperti diminta SPRM.

Mereka berkata, penyusunan itu memerlukan penglibatan pelbagai pihak berkaitan untuk membantu dan menasihati mengenai proses terbabit. – 26 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related