Tiga pengarah syarikat pembekal stoking kalimah Allah didakwa

Mereka didakwa sengaja melukakan perasaan agama Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran dan dilihat seorang lelaki

1:17 PM MYT

 

SHAH ALAM — Syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd dan tiga pengarahnya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan bersubahat melukakan perasaan agama orang Islam berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd.

Bagaimanapun, tiga beranak itu, Soh Chin Huat, 61, isterinya, Goh Li Huay, 62 dan anak mereka, Soh Hui San, 36, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sengaja melukakan perasaan agama Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran dan dilihat seorang lelaki berusia 32 tahun.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 298 kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Semua tertuduh yang didakwa pada hari sama turut bersubahat melakukan kesalahan itu hasil daripada persubahatan mereka.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway pada jam 6.30 pagi, 13 Mac lalu.

Pendakwaan diketuai Datuk Masri Mohd Daud, manakala Xin Jian Chang Sdn Bhd bersama tiga pengarah syarikat itu diwakili Lau Yi Leong.

Terdahulu, Yi Leong meminta mahkamah memberi jaminan rendah kerana anak guamnya tidak berisiko melarikan diri.

Muhamad Anas kemudian membenarkan ikat jamin RM10,000 setiap seorang.

Sebutan semula kes ditetapkan 29 April depan.

Terdahulu, media melaporkan, Xin Jian Chang Sdn Bhd disaman rangkaian kedai serbaneka itu kerana didakwa mensabotaj perniagaan KK Supermart dengan membekalkan stoking tertera kalimah Allah. – 26 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related