Sewa tinggi bazar Ramadan tiada kaitan SST, ‘PBT jangan tekan peniaga’: PM

Berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan, kenaikan sewa itu sekitar 0.2 peratus dan bazar Ramadan tidak ada kena-mengena dengan SST

12:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kadar sewa tinggi dikenakan kepada peniaga bazar Ramadan tiada kena-mengena langsung dengan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Perdana Menteri berkata, sebaliknya ia disebabkan faktor tertentu, termasuk kaedah penetapan kos dibuat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, kos sewa ditetapkan pihak berkenaan tinggi, dengan turut menyaksikan penggunaan ejen di sebilangan majlis perbandaran.

“Ejen ini akhirnya (mengakibatkan) penyewa tidak menyewa secara langsung daripada majlis perbandaran, jadi kos meningkat.

“Kalau secara spesifik soal bazar Ramadan ini, saya dapat lawati empat, lima tempat, pertamanya kos sewa itupun terlalu tinggi jadi kita sudah beri arahan kalau kos itu dikendali majlis perbandaran jangan tekan dalam keadaan sekarang.

“Dari kajian termasuk semalam di Tambun, saya dapati ada beberapa kedai daripada ratusan yang ada meningkatkan sewa, tetapi saya akui ada impak kecil kenaikan harga, tetapi saya tidak fikir oleh kerana SST itu menyebabkan ia naik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi waktu khas pertanyaan Menteri (QMT) di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kota Bahru, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai apakah formula ingin dibuat kerajaan untuk mengekang kesan rantaian ekonomi secara umum yang dihadapi.

Takiyuddin memaklumkan, satu daripadanya adalah rungutan amat ketara daripada peniaga bazar Ramadan yang menyatakan mereka bukan sahaja kerugian, tetapi juga tidak dapat membayar kos modal dan kos sewa kerana jumlahnya terlalu tinggi.

Anwar menegaskan, berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan, kenaikan sewa itu sekitar 0.2 peratus dan bazar Ramadan tidak ada kena-mengena dengan SST.

Menurutnya, tidak dapat dinafikan kadangkala ada syarikat besar yang mengambil kesempatan berhubung situasi kenaikan sewa itu.

“Kita ada pilihan tidak berbuat apa-apa, maknanya keadaan ekonomi akan lebih menjunam, hasil tidak bertambah, hutang berlonggok.

“Kita terpaksa ambil tindakan, apakah cukai harus dikenakan kepada rakyat biasa, kita elok, sebagaimana kita lakukan elektrik,” katanya.

Ujarnya, kerajaan memberikan SST itu sebagai pengeculian dengan maksud tidak mengenakan kesan negatif kepada kebanyakan rakyat.

“Namun seperti kita tahu ada kesan sampingan, kecilan yang mesti dikawal, saya setuju kita harus terus pantau tetapi kalau secara khusus perniagaan masa bazar Ramadan ini kebanyakan (peniaga) yang mengeluh ialah kerana kadar sewa tinggi.

“Pada pendapat saya, majlis perbandaran tidak ada sebab mengapa mengenakan sewa tinggi kepada bazar Ramadan,” katanya. – 26 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Leaders bicker while Indians suffer, Santiago slams fellow politicians

Veteran DAP man says angry politicians uncaring for the plight of Indians are the reason why some problems remain unresolved over decades

Related