Pakai gincu boleh batalkan puasa? ‘Sekadar terdapat rasa di bibir maka…’

Dia pakai gincu tak batal puasa, yang batal puasa ialah dia telan gincu: Ustaz Azhar Idrus

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penggunaan gincu di siang hari ketika berpuasa tidak membatalkan puasa selagi ia tidak tertelan dan masuk ke dalam rongga.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagaimanapun berkata, sekiranya ditelan (memasuki) rongga, rasa yang terdapat pada gincu tersebut, maka ia membatalkan puasa.

“Sekadar terdapat ‘rasa’ di bibir maka ianya tidak membatalkan puasa,” katanya.

Menurutnya, situasi merasa gincu atau pelembab bibir pada lidah boleh disamakan dengan tindakan merasa masakan ketika berpuasa.

“Apabila seseorang merasa makanan, sudah pasti ia akan memberikan kesan rasa pada lidah dan selagi mana dia tidak menelannya maka tidak batal puasanya. Begitu juga keadaannya bagi gincu,” katanya.

Pada masa sama, katanya, jika seseorang merasa makanan ketika berpuasa, kemudian meludahkannya tetapi masih berbaki rasanya pada lidah sekalipun sampai kepada tekak dan ditelannya, maka ianya tidak membatalkan puasa.

Katanya, ini kerana ‘ain makanan tersebut sudah diludahkan dan yang tinggal hanya athar (kesan) sahaja yang berbaki.

Tambahnya, pemakaian gincu untuk memperlihatkan kepada orang lain dalam keadaan berlebih-lebihan (tabarruj) adalah amat tidak digalakkan di dalam Islam.

Bagaimanapun, sekiranya pemakaian gincu itu untuk suami, maka ia dibenarkan sebagai berhias diri.

Sementara itu, pendakwah terkemuka, Ustaz Azhar Idrus turut menafikan dakwaan bahawa pemakaian gincu ketika berpuasa boleh membatalkan puasa.

Pendakwah terkemuka, Ustaz Azhar Idrus berkata, sedangkan memberus gigi di dalam mulut tidak membatalkan puasa, inikan pula memakai gincu di bibir. – Gambar Facebook Ustaz Azhar Idrus, 30 Mac, 2024

“Itu tidak betul. Dia pakai gincu tak batal puasa, yang batal puasa ialah dia telan gincu. Kalau dia duduk saja-saja, mamah gincu dan telan.

“Ini kerana gincu itu berada di luar mulut. Sedangkan kita ambil berus gigi letak dalam mulut pun tak batal,” katanya menerusi video yang tular di TikTok.

Beliau turut memberikan contoh situasi yang menyebabkan puasa seseorang itu terbatal ketika memakai gincu.

“Dia pakai gincu, apabila cuaca panas ia cair dan meleleh masuk ke dalam mulut… (kemudian) dia telan maka batal. (Ini) Kerana dia telah telan benda asing,” katanya.

Terdahulu, pendakwah Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar dalam aplikasi X milik miliknya baru-baru ini berkata, makruh hukumnya apabila seseorang memakai lipstick (gincu) ketika berpuasa.

Menurut Ustaz Wadi Annuar, hukum memakai gincu ketika berpuasa adalah makruh. – Gambar Facebook Ustaz Wadi Annuar, 30 Mac, 2024

“Kalau terjilat lipstick dan tertelannya, maka batal puasa,” katanya.

Ciapan tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang masih kurang jelas mengenai pemakaian gincu ketika berpuasa.

Malah ada juga yang bimbang adakah puasa mereka sebelum ini tidak sah kerana memakai alat solek itu. – 30 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

[UPDATED] AGC requests high court for gag order on public discussion of Najib’s addendum case 

Attorney-General’s Chambers also does not want lawyers to hold watching briefs on hearings for the opposition

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related