Pukul abang ipar guna besi panjang, artis veteran direman empat hari

Artis tersebut pernah menyertai sebuah program realiti televisyen terbitan televisyen swasta

3:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang artis veteran yang bertindak memukul dan mencederakan abang iparnya menggunakan besi panjang dalam kejadian di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak, Cheras, petang semalam, ditahan reman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, reman ke atas suspek berusia 64 tahun itu dibenarkan bermula hari ini sehingga 28 Mac di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk melengkapkan siasatan.

Menurut beliau, pada jam lebih kurang 2 petang semalam, pengadu iaitu seorang lelaki berusia 41 tahun telah berselisih faham dengan suspek iaitu artis veteran terbabit.

“Seterusnya, suspek yang juga adik ipar pengadu telah bertindak memukul dan mencederakan pengadu di bahagian kepala serta badan menggunakan besi panjang. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras telah membuat tangkapan ke atas suspek pada pukul 12.01 tengah malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zam Halim memberitahu, pihaknya ingin menegaskan sebarang bentuk jenayah kekerasan dianggap kes serius dan disiasat dengan sebaik mungkin.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, artis tersebut pernah menyertai sebuah program realiti televisyen terbitan televisyen swasta dan terpalit kontroversi perkahwinan kerana tidak mendapat restu ibu mentua kerana jarak usia.

Dalam pada itu, Zam Halim menafikan artis veteran itu berada di bawah pengaruh dadah. – 25 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related