Pasukan petugas khas ditubuh siasat kematian pelajar Kolej Vokasional

Siasatan awal polis mendapati isu kehilangan wang menjadi punca berikutan dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35

2:21 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Polis menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat kes kematian seorang pelajar lelaki Kolej Vokasional Lahad Datu pada Jumaat lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Beliau berkata pasukan itu diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Sabah ACP Cyril Edward Nuing bagi memastikan siasatan kes itu dijalankan dengan cepat, profesional, telus dan teratur.

“Reman 13 individu yang ditahan bagi bantu siasatan akan tamat 29 Mac ini (Jumaat), siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ada juga beberapa (individu) kita rakam percakapan termasuk warden dan rakan mereka.

“Memang bedah siasat telah dilaksanakan tetapi memandangkan kes ini masih dalam siasatan dan tidak mahu menimbulkan apa-apa spekulasi, pihak polis tidak dapat dedahkan punca kematian berdasarkan hasil bedah siasat itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.

Pada Jumaat lepas, Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan kesan kecederaan serta lebam pada beberapa bahagian badan di bilik asrama sebuah kolej vokasional di sini dipercayai akibat perselisihan faham antara pelajar.

Siasatan awal polis mendapati isu kehilangan wang menjadi punca berikutan dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa kemudian dituduh sebagai pencuri seterusnya mengakibatkan perselisihan faham itu.

Jauteh juga meminta orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau perkara yang tidak diingini berkaitan kes itu, dan memberikan ruang seluasnya buat polis menyiasat kes itu dengan terperinci.

Beliau berkata insiden berkenaan diharap dapat memberi kesedaran kepada semua pihak terutama golongan muda supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan perkara jenayah dan menyerahkan kepada pihak berkuasa sekiranya berdepan sebarang isu.

“Kita kena ulang kali nasihati pelajar dan didik mereka secara berterusan, pihak sekolah melalui pegawai perhubungan sekolah tekankan jangan lakukan jenayah bagi memastikan kejadian ini tidak berulang,” katanya. – 25 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Leaders bicker while Indians suffer, Santiago slams fellow politicians

Veteran DAP man says angry politicians uncaring for the plight of Indians are the reason why some problems remain unresolved over decades

Related