Dakwaan guru ada ‘hubungan’ dengan pelajar: Tindakan sudah diambil, kata KPM

Institusi pendidikan di bawah KPM diminta mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual bagi memelihara keselamatan dan kesejahteraan murid

9:41 AM MYT

 

PUTRAJAYA — Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual di semua institusi pendidikan di bawah seliaanya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, KPM memaklumkan pihaknya bersedia memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa mengenai siasatan ke atas seorang guru wanita yang didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap pelajar lelaki berusia 16 tahun.

“KPM memandang serius kes salah laku seksual yang melibatkan guru dan murid seperti yang dilaporkan oleh media.

“Kes ini berada dalam perhatian KPM dan tindakan telah diambil mengikut garis panduan sedia ada,” menurut kenyataan itu.

KPM dalam pada itu turut menyeru semua pihak untuk melaporkan kes jenayah seksual supaya tindakan tegas dapat diambil. 

“Institusi pendidikan di bawah KPM diminta untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang berkuat kuasa bertujuan untuk memelihara keselamatan dan kesejahteraan murid,” menurut kenyataan itu.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata polis menerima laporan pada 12 Disember lepas yang mendakwa suspek yang berusia 37 tahun mencabul mangsa, ketika mengulang kaji pelajaran bersama guru terbabit di perpustakaan.

Wan Kamarul Azran berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan. – 25 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related