Kerajaan sedia pertimbang bantu Jasmine Suraya sambung pengajian di Los Angeles: Fahmi

Fahmi Fadzil berkata pihaknya perlu kaji dulu dan lihat apa yang boleh dibantu

10:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedia mempertimbang langkah untuk membantu pelakon wanita Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 35, menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles di Amerika Syarikat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pihaknya sedia membantu Jasmine Suraya sekiranya perkara yang dikemukakan adalah bersesuaian.

“Saya perlu kaji dulu dan lihat apa yang kita boleh bantu tetapi saya faham memang kebiasaannya untuk sesiapa yang melanjutkan pengajian dalam bidang seni atau dalam sebarang jurusan perfileman, muzik, teater, seni lukis dan sebagainya bukanlah satu usaha yang mudah atau murah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Ramadan CSR dan Iftar Perdana Lembah Pantai bersama Foodpanda Malaysia dan rakan kolaborasi di IWK Eco Park@Pantai Dalam di sini hari ini.

Sebelum ini, Jasmine Suraya dilapor terpaksa menjual beberapa barangan peribadi termasuk kereta bagi menanggung kos pengajiannya selama setahun di Los Angeles yang menelan belanja RM400,000 bermula April depan.

Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang diterima masuk ke Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg. – 24 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related