Dakwaan Wan Saiful satu fitnah, berniat jahat: Zulkafperi Hanapi

Mohd Azizi menyifatkan kenyataan Wan Saiful sebagai fitnah yang bertujuan memburukkan imejnya sebagai seorang ahli politik

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan dibuat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan kononnya menerima tawaran bagi menyokong kerajaan oleh beberapa individu termasuk Ahli Parlimen dari Bersatu disifatkan satu fitnah dan berniat jahat.

Bercakap kepada Scoop, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi juga menyifatkan dakwaan itu tidak betul dan hanya rekaan.

“Ya, (dakwaan) itu satu fitnah dan berniat jahat, apa yang didakwa (tawaran diterima) Tasek Gelugor itu tidak betul, rekaan sahaja,” katanya hari ini.

Wan Saiful sebelum ini meminta Dewan Rakyat menubuhkan jawatankuasa berhubung tindakan dua Ahli Parlimen yang membuat kacau ganggu dalam usaha mempengaruhi kelakuan dan sokongan kepada kerajaan.

Wan Saiful menamakan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Tanjong Karang membuat tindakan berkenaan bersama tiga lagi individu dikenali sebagai Hasnan, Datuk Azman dan Datuk Rahim.

Beliau mendakwa, dua Ahli Parlimen bersama tiga individu itu membuat tawaran untuk memberikan peruntukan Parlimen, peruntukan projek bernilai RM2 juta, bayaran kos perubatan isteri beliau, kos guaman peruntukan di mahkamah dan ‘token’ yang tidak dinyatakan nilainya serta pengguguran kes di mahkamah.

Wan Saiful mendakwa, Mohd Azizi memperkenalkan beliau dengan dua individu dikenali sebagai Hasnan dan Datuk Azman pada 17 Januari lalu manakala Zulkafperi memperkenalkan individu bernama Datuk Rahim.

Katanya, mereka termasuk Zulkaperi menghantar cadangan yang mengandungi ucapan yang mahu diucapkan ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat pada 28 Februari dalam usaha mempengaruhi kelakuan beliau dalam dewan berkenaan.

Wan Saiful sebelum ini mendakwa, Mohd Azizi Abu Naim memperkenalkan beliau dengan dua individu dikenali sebagai Hasnan dan Datuk Azman pada 17 Januari lalu manakala Zulkafperi memperkenalkan individu bernama Datuk Rahim. – Alif Omar/Scoop, 23 Mac, 2024

Sementara itu Mohd Azizi menyifatkan kenyataan Wan Saiful sebagai fitnah yang bertujuan memburukkan imejnya sebagai seorang ahli politik.

Beliau turut meminta Wan Saiful supaya mengemukakan bukti bagi tuduhannya.

“Saya sangat terkejut setelah mendengar semua tuduhan terhadap saya dan saya ingin menegaskan di sini bahawa saya tidak pernah menjemput atau menelefon beliau untuk bertemu dengan Perdana Menteri.

“Kenyataannya hari ini tidak berasas dan bertujuan memfitnah saya. Jika benar, beliau boleh menyediakan bukti seperti rakaman suara atau saksi untuk menyokong tuduhannya,” katanya.

Mohd Azizi berkata, beliau akan membincangkan isu itu dengan Speaker Dewan Rakyat tidak lama lagi sebelum mengambil langkah seterusnya terhadap Wan Saiful. – 23 Mac, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related