‘Jika saya cuba sabotaj KK Mart, kenapa pengilang hubungi untuk minta maaf’ kata Firdaus Wong

MyKampung Fresh Mart yang dibuka pada 2021 sudah ditutup, malah pengasas KK Mart, Datuk Seri KK Chai sendiri menghubunginya untuk meminta maaf

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong menafikan tuduhan cuba mensabotaj kedai serbaneka KK Mart hanya kerana beliau mempunyai sebuah pasar raya dikenali sebagai MyKampung Fresh Mart.

Bercakap kepada Scoop, Firdaus berkata, jika terdapat elemen beliau cuba mensabotaj KK Mart, kenapa Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri KK Chai menghubunginya serta meminta maaf.

Selain itu, katanya MyKampung Fresh Mart yang dibuka pada 2021 juga sudah ditutup.

“Kalau ada orang cuba nak fitnah saya dengan kaitkan saya dengan Mart itu, andai kata Mart saya itu masih ada sekali pun, kalau kata saya yang sabotaj atau kalau ada elemen sabotaj, kenapa bos KK Mart (Datuk Seri KK Chai) hubungi saya.

“Beliau (KK Chai) dua kali minta maaf malah pihak pengilang juga minta maaf,’’ katanya.

Firdaus berkata demikian ketika mengulas mengenai gambar beliau di hadapan sebuah Mart yang dikongsi oleh peguam Siti Kasim di media sosial.

Lantaran itu, ia mengundang tohmahan netizen kononnya Firdaus menjadi punca kepada unsur sabotaj dalam isu KK Mart.

KK Chai menerusi sidang media pada Sabtu, memohon maaf berhubung isu terbabit.
Jelasnya, stoking itu diimport dari China dan antara 1,200 pasang yang memiliki rekaan berbeza.

Mengulas lanjut, Firdaus berkata, gambar berkenaan dan isu KK Mart tidak ada kaitan langsung.

Tambahnya, beliau adalah antara yang terawal membongkar penjualan stoking berkenaan dan turut dipanggil sebagai salah seorang saksi bagi membantu siasatan.

“Maksudnya bila ada pendakwaan nanti, saya jadi saksi pendakwa raya, bantu pihak berkuasa Malaysia, sepatutnya Siti Kassim berterima kasih kepada saya kerana menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” katanya. – 23 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related