Dakwaan liwat: Nasib pemimpin pemuda Umno ditentukan sebelum Aidilfitri

Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, beliau akan membawa usul pada mesyuarat pengurusan parti supaya individu terbabit digantung serta-merta

9:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Nasib seorang pemimpin pemuda bahagian Umno yang berdepan tuduhan membabitkan kes liwat akan ditentukan sebelum Aidilfitri.

Ketua Pemuda Umno, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, beliau akan membawa usul pada mesyuarat pengurusan parti supaya individu terbabit digantung daripada parti serta-merta.

“Saya pun dah bawa perkara ini dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tentang isu ini dan kita setuju untuk bawa perkara ini dalam tindakan disiplin dan akan dibawa dalam mesyuarat pengurusan untuk kita tengok apakah tindakan.

“Kita minta tindakan yang keras, mungkin kita gantung dulu sementara, tunggu pembelaan dan pendakwaan dan dibukti bersalah, kita tak kompromi isu jenayah,” katanya kepada media selepas Majlis Berbuka Puasa Umno Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu laporan menyatakan seorang pemimpin pemuda sebuah parti politik ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes liwat membabitkan mangsa berusia antara 15 hingga 21 tahun.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, polis menerima lima laporan berhubung kes liwat membabitkan seorang lelaki yang dipercayai pemimpin sayap pemuda sebuah parti politik di daerah ini.

Difahamkan, mangsa mendakwa pernah diliwat suspek sejak antara 2017 hingga Februari lalu. – 22 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Related