Kerajaan lanjut tempoh subsidi tambang penerbangan sempena Aidilfitri

Perkhidmatan KTMB juga akan menyediakan enam tren tambahan bermula dari 4 hingga 15 April ini

4:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) melanjutkan inisiatif bantuan subsidi tambang penerbangan harga maksimum RM599 dari tiga hari kepada empat hari sempena musim perayaan untuk penerbangan dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menterinya, Anthony Loke berkata, kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh bantuan subsidi berkenaan pada 6, 7, 8 dan 9 April ini sempena sambutan Aidilfitri.

“Menyaksikan sambutan baik terhadap inisiatif ini, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh bantuan subsidi penerbangan dari tiga hari kepada empat hari.

“Sesiapa yang membeli tiket penerbangan dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan pada empat hari tersebut tidak akan membayar melebihi RM599 untuk harga tiket asas kerana sebarang kos melebihi harga maksimum tersebut akan ditanggung kerajaan.

“Harga maksimum ini boleh membantu penumpang yang terpaksa membeli tiket penerbangan pada saat akhir atau di laluan yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam perjalanan balik kampung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi perayaan Aidilfitri, MOT melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menyediakan sebanyak 342 penerbangan domestik tambahan di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April ini.

Strategi ini telah menunjukkan kesan yang positif di mana lebih banyak tiket penerbangan terutamanya bagi laluan dari Kuala Lumpur ke destinasi-destinasi utama di Sabah dan Sarawak dijual pada harga yang lebih murah.

KTMB akan akan menyediakan enam tren tambahan bermula dari 4 hingga 15 April ini, melibatkan dua perkhidmatan laluan dari KL Sentral ke Padang Besar, dua ke Butterworth dan dua ke Ipoh. – Gambar KTMB, 22 Mac, 2024

Selain itu, perkhidmatan KTMB juga akan menyediakan enam tren tambahan bermula dari 4 hingga 15 April ini, melibatkan dua perkhidmatan laluan dari KL Sentral ke Padang Besar, dua ke Butterworth dan dua ke Ipoh.

Tren tambahan ETS ini menawarkan sebanyak 1,260 tiket sehari menjadikan jumlah keseluruhan tiket tambahan adalah sebanyak 15,120 termasuk tren ekspres.

Jumlah keseluruhan tiket ETS yang ditawarkan termasuk tren biasa dan tambahan bagi musim perayaan Aidilfitri ini adalah 135,000 tiket.

KTMB turut menyediakan dua perjalanan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) pergi dan balik yang akan beroperasi dari KL Sentral ke Tumpat.

Sebanyak 952 tiket ditawarkan untuk perkhidmatan khas ini.

Tren Khas ELA ini akan berhenti di 17 buah stesen iaitu KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Pulau Sebang, Gemas, Bahau, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Dabong, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu dan Tumpat.

Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan khas ELA mula dijual hari ini pada jam 5 petang.

Orang ramai boleh membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) dan juga di kiosk-kiosk tiket yang tersedia di semua stesen-stesen utama KTMB. –  22 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related