KUALA LUMPUR — Seorang lelaki berdepan tuduhan di Mahkamah Sesyen, di sini, atas tuduhan menghina agama Islam berhubung isu stoking kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart.
Lelaki yang dikenali sebagai Chiok Wai Loong di akaun Facebooknya itu, dibawa ke mahkamah pagi ini bagi menghadapi pertuduhan berkenaan.
Dia akan didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerana membuat hantaran berunsur menghina di media sosial.
Semalam, Ricky Shane Cagampang, 33, telah dihukum penjara enam bulan dan denda RM15,000 atau penjara empat bulan lagi jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah kerana memuat naik komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah di laman Facebook.
Tertuduh didakwa menyalah guna kemudahan jaringan atau perkhidmatan jaringan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia dan dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 12.05 tengah hari, 17 Mac lalu melalui akaun Facebook.
Hukuman itu dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Amir Shah Amir Hassan. – 22 Mac, 2024