Syarikat bekal stoking jenama ‘Allah’ dakwa lesen masih sah

MPBP dikatakan memberi tempoh 30 hari untuk syarikat berkenaan mengemukakan pernyataan bertulis sebelum keputusan dibuat

3:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat terpalit kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah, Xin Jian Chang Sdn. Bhd. menegaskan lesen perniagaan mereka masih sah.

Syarikat beroperasi di Batu Pahat, Johor itu memaklumkan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) memberikan tempoh 30 hari bermula semalam untuk mereka mengemukakan pernyataan bertulis sebelum keputusan dibuat.

Menurutnya, mereka dijemput secara tidak rasmi untuk bertemu dengan Yang Dipertua MPBP, Ezahar Abu Sairin semalam.

“Semasa pertemuan tersebut, kami telah diberikan notis yang mendakwa kami kononnya tidak mematuhi syarat-syarat lesen perniagaan kami, khususnya berkaitan dengan aktiviti pembungkusan stoking.

“Dengan notis yang sama, MPBP memberi kami tempoh 30 hari dari 20 Mac untuk mengemukakan pernyataan bertulis sebelum sebarang keputusan dibuat berkenaan dengan lesen kami.

“Oleh itu, lesen perniagaan kami masih sah sehingga majlis mempertimbangkan pernyataan bertulis itu.

“Laporan media yang menyatakan bahawa lesen perniagaan kami telah dibatalkan adalah tidak tepat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, MPBP menyerahkan notis untuk membatalkan lesen perniagaan dan menutup operasi perniagaan ke atas Syarikat Xin Jian Chang Sdn. Bhd. yang merupakan pembekal stoking tertera kalimah Allah kepada kedai serbaneka KK Mart.

Menurut MPBP, sesi penyerahan notis itu kepada pengarah urusan syarikat terbabit Xin Jian Chang, Soh Hui San dilakukan atas pelanggaran syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu iaitu stor dan pengedar kasut.

Sementara itu, syarikat itu juga berkata, pihaknya sedang mendapatkan nasihat undang-undang untuk melindungi kepentingan mereka.

“Kami juga ingin merekodkan penghargaan kami terhadap sokongan yang diterima daripada rakan-rakan perniagaan dan komited untuk mengatasi cabaran ini,” katanya.

Dalam tinjauan semalam, kilang berkenaan di kawasan perindustrian Sri Gading dekat Batu Pahat, Johor yang terbabit dengan kontroversi pengedaran stoking tertera tulisan ‘Allah’ dikatakan menutup operasinya bermula hari ini.

Sehelai kain rentang digantung di pagar utama kilang terbabit yang tertera permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas kejadian berkaitan stoking memaparkan kalimah Allah yang ditemukan di kedai serbaneka di Bandar Sunway, baru-baru ini.

Kontroversi timbul minggu lalu apabila tular mengenai stoking bertulis kalimah ‘Allah’ dijual cawangan KK Super Mart di Bandar Sunway, Petaling Jaya tular.

Susulan kecaman ramai pihak, KK Super Mart mengeluarkan permohonan maaf, menghentikan penjualan produk itu serta menamatkan kontrak dengan Xin Jian Chang. – 21 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

Sarawak gas feud in the works? Petros takes Petronas to court over licence dispute

RM7.95 mil clash puts both companies at legal odds over gas supply contract 

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Related