Kerajaan perkukuh bantuan miskin bandar, desa, pastikan subsidi sampai ke tangan memerlukan

Kerajaan akan memastikan rakyat tidak diasak pihak ingin mengambil keuntungan berlebihan, terutama membabitkan barangan keperluan harian seperti beras

2:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaannya akan terus memperkukuh bantuan kepada golongan melarat, terpinggir, miskin bandar dan desa bagi memastikan nasib mereka terbela.

Perdana Menteri berkata, bagi usaha itu, kerajaan akan terus konsisten menyasarkan semula bantuan dan subsidi dilaksanakan.

Katanya, kerajaan akan memastikan bantuan dan subsidi itu benar-benar sampai ke tangan rakyat benar-benar memerlukan supaya mereka mendapat keadilan sewajarnya.

“Kerajaan ini juga bertegas memastikan rakyat tidak diasak pihak yang ingin mengambil keuntungan berlebihan, terutama membabitkan barangan keperluan harian seperti beras.

“Sekiranya kita faham bahawa pendekatan subsidi pukal yang diguna pakai dahulu, turut memanfaatkan golongan kaya dan warga asing, mengapa lagi mahu diteruskan?

“Lantaran itu, subsidi mesti diarahkan semula kepada masyarakat yang melarat serta terpinggir dan ini tentunya mencakup golongan miskin bandar serta desa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Justeru, Anwar menegaskan, tuduhan kononnya Kerajaan Madani zalim dan tidak melunaskan wang ehsan kepada Terengganu, nyata sekadar tohmahan murahan.

Sementara itu, beliau berkata, ekonomi Malaysia lebih stabil pascapandemik, dengan menyaksikan kada inflasi pada suku keempat 2023 hanya pada kadar 1.6%, berbanding 2.2% pada suku ketiga.

“KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara kekal bertumbuh pada kadar 3.7% di tahun 2023, meski berdepan pelbagai asakan dan kemeruapan ekonomi global.

“Dengan peningkatan eksport sebanyak 8.7% pada Januari 2024 serta banyak lagi ikhtiar kerajaan untuk merancakkan ekonomi, insya-Allah peningkatan KDNK tahun ini akan lebih mampan pada kadar 4% hingga 5%, seperti diunjur kerajaan,” katanya. – 21 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Pickleball for all: budget-friendly gear opens sport to B40 community

Sportswear brand KELME commits to design more affordable paddles to make the sport available for underprivileged communities here

IBF World Cup: Top Eight national bowlers to set the lanes on fire in Hong Kong

Malaysian Tenpin Bowling Association sending its best to tackle the tournament’s demanding format

Related