MCMC adakan diskusi bersama PDRM, NGO galak usaha tangani jenayah seksual kanak-kanak

Kerjasama diadakan bagi meneliti isu amang seksual, pengantunan seksual dalam talian dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak

11:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengadakan perbincangan bersama agensi penguatkuasaan dan badan bukan kerajaan (NGO) semalam, bagi meneliti isu amang seksual, pengantunan seksual dalam talian dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam usaha menangani isu berkaitan.

Menerusi kenyataan, MCMC berkata, perbincangan diadakan di ibu pejabatnya di Cyberjaya itu, membabitkan PDRM, Yayasan Chow Kit (YCK) dan lebih 10 NGO.

Katanya, sesi perbincangan ini diketuai Ahli Suruhanjaya MCMC, Derek Fernandez.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohammad Fauzi Md Isa; Ahli Suruhanjaya MCMC, Datuk Wei Chuan Beng dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat MCMC, Datuk Zulkarnain Mohd Yasin.

Turut hadir, wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai Ketua Unit Siasatan Kanak-Kanak, Superintenden Hirdawati Isa; Pengasas YCK, Datuk Hartini Zainudin serta Pengarah Eksekutif Yayasan Childline, PH Wong.

Ahli Suruhanjaya MCMC, Derek Fernandez mengetuai perbincangan bagaimana MCMC, PDRM dan NGO boleh bekerjasama untuk memerangi gejala pengantunan seksual dalam talian, jenayah seksual serta penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia. – Gambar MCMC, 21 Mac, 2024

Selain itu, wakil daripada ECPAT Malaysia, Persatuan Pekerja Sosial Malaysia, UNICEF Malaysia, Protect and Save the Children (PSC), Monsters Among Us (MAU), Operation Underground Railroad (OUR), Global Shephers Berhad, Fakulti Psikologi dan Sains Sosial Universiti Cyberjaya, Majlis Intervensi Awal Kanak-Kanak Kebangsaan (NECIC), Pertubuhan Pergerakan Wanita Johor (JEWEL).

“Intipati perbincangan antaranya melibatkan statistik kes yang berlaku.

“Perbincangan turut merangkumi pendekatan boleh diambil secara kolaboratif di antara MCMC, PDRM dan NGO dalam usaha memerangi gejala pengantunan seksual dalam talian, jenayah seksual serta penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia,” katanya. – 21 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Gobind’s neutrality, party support rocketed him to DAP chairmanship: analysts

Observers said his non-allegiance to either pro- or anti-Lim Guan Eng factions may have helped him secure the chairmanship

Tampar lelaki bukan Islam makan ketika Ramadan adalah provokasi, tidak cermin perpaduan: Aaron

Menteri Perpaduan Negara berkata kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan

Duterte arrested: Former Philippine leader taken into custody over ICC warrant

Ex-president detained at Manila airport as global tribunal pursues justice for thousands killed in drug war

Related