Tabung Kasih@Hawana terus santuni pengamal media

Setakat ini 47 orang pengamal media dan bekas pengamal media sudah menerima manfaat daripada penubuhan tabung tersebut

9:48 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Kebajikan media terus diberi perhatian apabila sebanyak 10 pengamal media dan bekas pengamal media yang berdepan masalah kesihatan menerima sumbangan menerusi inisiatif Tabung Kasih@Hawana semalam.

Sumbangan Tabung Kasih@Hawana itu disampaikan pada Majlis Berbuka Puasa Madani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pengamal media di Kompleks Seri Perdana di sini, menjadikan jumlah penerima bantuan tabung berkenaan ialah 47 orang.

Seorang penerima, Jamhariah Jaafar, 61, yang merupakan bekas wartawan Berita Harian menzahirkan rasa syukur terhadap keprihatinan kerajaan kerana membantu pengamal media yang berdepan masalah kesihatan.

“Apabila tuhan bagi sakit, kita reda sajalah. Terima kasih kepada Hawana (Tabung Kasih@Hawana) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) serta pejabat Perdana Menteri jemput berbuka dan jumpa kawan lama,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Muhammad Husni Othman turut berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang sudi memberikan bantuan Tabung Kasih@Hawana kepada ibunya yang merupakan bekas peneraju RTM.

Katanya, sumbangan kepada ibunya Mariamah Tijo itu ialah satu penghargaan besar atas khidmatnya sebagai penyampai radio di RTM selama ini.

Anwar (kanan), Fahmi (tengah) dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (dua, kiri) bersama pengamal media yang diraikan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

“Sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu dan ia menghargai jasa ibu dalam industri media … saya ucap ribuan terima kasih,” katanya.

Tabung Kasih@Hawana yang diwujudkan bersempena dengan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023, bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.

Ia merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi (ketika itu Kementerian Komunikasi dan Digital) dan dilaksanakan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan dengan kesukaran dan cabaran hidup.

Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj antara yang hadir pada majlis berbuka puasa itu. – 21 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Perlesenan media sosial di Malaysia: Memperketatkan keselamatan pengguna media sosial rakyat Malaysia

Badan kawal selia komunikasi United Kingdom (UK), Ofcom, dan kerajaan Singapura antara yang menghubungi MCMC untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaksanaan inisiatif akta perlesenan media sosial dalam negeri

Australian legend Tim Cahill set to be FAM’s national team technical advisor

Former Everton player chosen to instil world-class mindset in Harimau Malaya to begin with analysing team’s performance in coming AFF Cup

Sarawak gas feud in the works? Petros takes Petronas to court over licence dispute

RM7.95 mil clash puts both companies at legal odds over gas supply contract 

Related