Bayi perempuan masih bertali pusat ditinggalkan di tangga tingkat 9 pangsapuri

Bayi malang itu ditempatkan di Hospital Sultan Ismail dari 11 Mac sehingga semalam dan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk penjagaan sah

9:15 AM MYT

 

JOHOR BAHRU — Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan di atas anak tangga di tingkat sembilan sebuah pangsapuri di Taman Daya, di sini pada 11 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, bayi cukup sifat tersebut ditemukan oleh orang awam pada jam 8.30 pagi.

“Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan suspek utama yang membuang bayi tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, bayi tersebut ditempatkan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dari 11 Mac sehingga semalam dan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk penjagaan sah.

Raub berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, sekali gus memohon orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah JBS di talian 07-2182323, atau Pegawai Penyiasat Nur Adila Zainuddin 019-4039257. – 21 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related