Kesan boikot belum dirasakan kerana faktor Ramadan: Pekerja KK Mart

Seorang lagi petugas KK Mart berpendapat, pihak yang sepatutnya dikenakan tindakan keras adalah kilang yang membekalkan stoking tersebut

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesan boikot terhadap rangkaian kedai serbaneka KK Mart belum dirasakan dengan jelas kerana ia dilakukan ketika bulan Ramadan.

Berdasarkan tinjauan Scoop di beberapa cawangan KK Mart di Lembah Kelang, pekerja kedai serbaneka itu berkata, boleh dikatakan suasana pada waktu siang agak lengang kerana kebanyakan pelanggan khususnya umat Islam sedang berpuasa.

“Sekarang ini, kita tak dapat nak cakap, sebab sekarang bulan Ramadan, orang tak beli air atau makanan pada waktu siang, jadi memang tak ramai orang datang,” kata seorang pekerja yang tidak mahu namanya disiarkan.

Berusia lingkungan 20-an, katanya, kebanyakan pelanggan datang pada waktu petang iaitu sebelum berbuka puasa dan selepas solat sunat Tarawih kerana kebanyakan KK Mart beroperasi selama 24 jam.


Sementara itu, seorang lagi petugas KK Mart berpendapat, pihak yang sepatutnya dikenakan tindakan keras adalah kilang yang membekalkan stoking tersebut.



“Memang sini (KK Mart) ada kesilapan, tak semak stok betul-betul, tapi bayangkanlah, kami dekat sini pun sehari berapa banyak lori pembekal datang. Susah nak tengok satu-satu,” katanya.

Tinjauan Scoop juga mendapati, kebanyakan cawangan KK Mart masih menyiarkan permohonan maaf pada skrin elektronik kepada pelanggan ekoran kontroversi itu.

“Merujuk kepada isu ini, pihak syarikat KK Super Mart memohon maaf kepada semua masyarakat beragama Islam di atas penemuan stoking jenama Miranosock. 

“Pihak syarikat telah mengambil tindakan tegas dengan menamatkan akaun Syarikat Pembekal Xin Juang Chang Sdn Bhd dari Syarikat KK Super Mart,” kata mesej pada skrin tersebut.


Susulan kes penjualan stoking ini, Ketua Pemuda Umno, Dr Mohamad Akmal Saleh menegaskan, pihaknya akan mengenakan tindakan boikot kepada mana-mana premis perniagaan menjual produk menghina Islam.


Terdahulu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman memaklumkan, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri KK Chai antara lapan individu yang dirakam keterangan bagi siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Menurutnya, setakat ini 80 laporan polis diterima di seluruh negara berkait isu itu.

Ia turut mendapat maklum balas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu itu.

Justeru Seri Paduka mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu ini berdasarkan siasatan pihak berkuasa.

Pada Sabtu, KK Chai menerusi sidang media, memohon maaf berhubung isu terbabit.

Jelasnya, stoking itu diimport dari China dan antara 1,200 pasang yang memiliki rekaan berbeza.

Beliau mengakui tidak melakukan pemeriksaan penuh ke atas setiap pasang stoking itu, namun menegaskan daripada 800 cawangan KK Mart di seluruh negara, hanya tiga cawangan yang menjual stoking dan 14 pasang sahaja mempunyai ‘Allah’. – 21 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

US embassy refutes claims of new sanctions on Malaysian companies  

Washington has not listed Putrajaya as ‘state sponsor of terror’, it clarifies

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

Related