Terima rasuah RM3 juta daripada sindiket penyeludupan: 10 penjawat awam direman

Lima suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM, mereka terima rasuah daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak

2:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 10 penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah lebih RM3 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak secara haram melalui pintu masuk negara.

Perintah reman selama empat hari bermula 20 sehingga 23 Mac 2024 terhadap sembilan suspek lelaki dan seorang suspek wanita dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia sekitar 30 hingga 50an telah ditahan bersama lima lagi individu ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan, petang semalam.

“Tangkapan terhadap suspek ini adalah susulan Op Samba 2.0 dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sejak Isnin minggu lalu.

“Kesemua suspek yang ditahan dipercayai menerima wang rasuah lebih RM3 juta daripada sindiket bagi memudahkan kegiatan menyeludup tembakau kunyah, rokok, arak serta beberapa barangan lain antara tahun 2017 hingga 2023,” katanya.

Susulan tangkapan ini, AML SPRM turut merampas barangan seperti telefon bimbit serta membekukan akaun bank kesemua suspek.

Sebelum ini, AML SPRM telah berjaya menangkap dan menahan reman 11 individu termasuk lima orang penjawat awam.

Modus operandi sindiket ini termasuk menggunakan khidmat ‘forwarding agent’ sebagai orang tengah bagi pembayaran habuan kepada penguat kuasa untuk melicinkan proses penyeludupan arak, rokok, tembakau dan barangan lain tanpa melalui pengisytiharan serta pemeriksaan yang sepatutnya.

Sindiket ini juga dipercayai menggunakan akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka.

Malah mereka dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan mencuci duit menggunakan akaun perniagaan ‘syarikat hantu’, melalui pengurup wang dan syarikat pinjaman wang berlesen.

Sementara itu, Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman terhadap 10 suspek tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, lima suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Modus operandi sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak

Sindiket menggunakan khidmat ‘Forwarding Agent’ sebagai orang tengah bagi membuat transaksi pembayaran rasuah untuk melicinkan proses kemasukan dan penyeludupan kargo berisi barangan seludup.

Forwarding Agent menggunakan wang yang dibekalkan sindiket dengan membuat pindahan melalui akaun keldai (mule account) kepada pegawai agensi penguat kuasa.

Penguat kuasa yang menerima rasuah berperanan melicinkan kemasukan kargo tanpa melalui pengisytiharan dan pemeriksaan yang sepatutnya.

Sindiket menggunakan hasil penyeludupan dengan membuat pembelian hartanah. – 20 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related