Hakim tetapkan 10 dan 11 Jun bicara kes Inspektor Sheila

Begitupun jika keputusan representasi memihak kepada Sheila pada 16 Mei ini, perbicaraan tidak akan dijalankan

1:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) masih belum membuat keputusan berhubung representasi yang difailkan pegawai polis berpangkat Inspektor dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ bagi membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran awam di sebuah pusat beli-belah, Jun tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Hamizah Hisan memberitahu Majistret Illi Marisqa Khalizan representasi yang dikemukakan inspektor tular itu atau nama penuhnya Sheila Sharon Steven Kumar, 36, masih lagi dalam semakan AGC dan memohon tarikh perbicaraan ditetapkan sementara representasi itu diputuskan.

Hakim kemudiannya menetapkan 10 dan 11 Jun ini sebagai tarikh perbicaraan kes, manakala 16 Mei ditetapkan untuk sebutan bagi mengetahui perkembangan representasi berkenaan.

Pada 8 November tahun lepas Sheila, 36, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memarahi dan membunyikan hon kereta yang panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga menyebabkan kegusaran awam terhadap Nuraihan Nadzirah Ibrahim, 27.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Brickfields di sini pada 5.26 petang 16 Jun tahun lepas mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 290 kanun sama yang membawa hukuman denda maksimum RM400, jika sabit kesalahan.

Sementara itu peguam M. Manoharan yang mewakili Sheila ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosiding berkata, sekiranya keputusan representasi memihak kepada anak guamnya pada 16 Mei ini, perbicaraan tidak akan dijalankan.

“Anak guam saya juga mempunyai satu lagi kes yang akan disebut di Mahkamah Majistret Selayang esok,” katanya. – 20 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related