Isu stoking: ‘Seolah-olah ada kartel sengaja sabotaj perpaduan, kambing hitamkan pihak tertentu’

Menurut Afnan Hamimi Taib Azamudden, isu tersebut jelas menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) namun tiada sebarang tangkapan, sitaan dan pendakwaan dilakukan setakat ini

4:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka, KK Mart menunjukkan seolah-olah ada kartel yang sengaja mensabotaj perpaduan di negara ini.

Malah dakwanya, kartel tersebut turut menjadikan pihak tertentu sebagai kambing hitam dalam isu berkenaan.

Susulan itu, beliau menggesa kerajaan supaya bertindak segera untuk menoktahkan isu penghinaan kepada Islam di negara ini.

“Kita minta kerajaan segera bertindak. Tidak keterlaluan saya rasa, kita tidak boleh menolak kemungkinan seolah-olah ada kartel tertentu yang sengaja melakukan sabotaj perpaduan dalam negara kita.

“Dalam isu ini mengkambinghitamkan pihak tertentu. Sekarang ini, isu itu berlarutan sejak beberapa tahun lamanya dan insiden sebegini sangat mengancam perpaduan dan boleh menimbulkan ketegangan kaum,” katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, isu tersebut jelas menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) namun tiada sebarang tangkapan, sitaan dan pendakwaan dilakukan setakat ini.

“Isu ini clear (jelas) menyentuh 3R. Ada pemimpin dikaitkan dengan 3R sebelum ini disiasat segera, siap disebut dalam kenyataan media akan diambil keterangan dan akhir jadi panas.

“Ada juga pemimpin ditangkap jam 3 pagi ketika sedang tidur. Tapi kes ini (isu stoking) belum kedengaran ada tangkapan, sitaan atau didakwa. Belum ada lagi,” katanya.

Tegas beliau, mana-mana pihak tidak harus mendesak siasatan dan tindakan terhadap isu itu dihentikan.

“Kita ambil maklum permohonan maaf KK Mart namun perlu ditegaskan, ini bukan isu permohonan maaf atau terima maaf.

“Kalau hanya selesai dengan permohonan maaf, maka negara kita tak perlu ada undang-undang. (Jadi) Jangan ada mana-mana pihak yang desak untuk henti siasatan dan tindakan ini, jangan ada,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga mencadangkan agar pindaan dilakukan terhadap Seksyen 298 dan Seksyen 298 A Kanun Keseksaan (melukakan perasaan umat Islam).

“Ada percanggahan kenyataan antara pemimpin kerajaan. (Jadi) Sebenarnya kita nak tahu apa sebenarnya pendirian kerajaan. Jangan flip flop dalam isu ini, tegas dan serius ambil tindakan.

“Saya cadangkan supaya dewan ini menggubal dan meminda Seksyen 298 dan (Seksyen) 298 A (Kanun Keseksaan) berkaitan hal penghinaan kepada Islam dengan hukuman lebih berat supaya ia tidak berulang dan menjadi pengajaran kepada semua pihak,” katanya.

Pada 13 Mac lalu tular di media sosial stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Susulan itu, Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa umat Islam untuk terus memboikot kedai rangkaian serbaneka itu.

Rabu lalu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) memohon maaf berhubung video dan gambar tular berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu berkata, jualan stoking berkenaan telah dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal. – 19 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related