Kematian lelaki warga Australia di kondo tiada unsur jenayah

Polis menerima laporan mengenai bau busuk di unit kondominium didiami mangsa di Ampang daripada orang awam pada jam 10.50 malam tadi

2:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan lelaki warga Australia yang ditemukan mati di sebuah kondominium di Ampang, malam tadi tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 48 tahun itu disyaki sudah meninggal dunia lebih lima hari.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan mengenai bau busuk di unit kondominium didiami mangsa di Ampang daripada orang awam pada jam 10.50 malam tadi.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan dibantu Balai Bomba Jalan Dato Keramat bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, mayat lelaki warga asing itu ditemukan terbaring di belakang pintu masuk kediamannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ashari berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang hadir di tempat kejadian.

“Mayat sudah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan mengenalpasti punca kematian,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk menghubungi Ketua Polis Balai Pudu, Inspektor Fitri Farhan Wan Chik di talian 03-93899222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan. – 19 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related