Mengarut! PKNS adalah bangunan warisan, ia tidak akan dirobohkan

Para peniaga yang ditemui berpendapat Kompleks PKNS bertaraf legenda dan penuh nostalgia, jika dinaik taraf, keistimewaan itu akan hilang bersama para pelanggan

9:00 AM MYT

 

SHAH ALAM – Kompleks Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah bangunan warisan yang dibina sejak 47 tahun lalu justeru ‘mengarut’ kalau ia akan dirobohkan.

Menurut Yang di-Pertua Persatuan Peniaga-Peniaga Kompleks PKNS, Latifah Jalil, proses menaik taraf bangunan itu boleh menarik lebih ramai pengunjung tetapi peniaga mungkin akan terkesan dengan proses berkenaan.

Namun, katanya ia merupakan satu pengorbanan untuk sementara waktu.

Menurut Latifah Jalil proses menaik taraf bangunan itu boleh menarik lebih ramai pengunjung tetapi peniaga mungkin akan terkesan dengan proses berkenaan – Muslim Al Abid Baharuddin/Scoop, 19 Mac, 2024

“Bagaimanapun persatuan berharap projek menaik taraf kompleks ini tidak mengakibatkan peningkatan sewa kepada peniaga di sini.

“Naikkan taraf ini memang saya setuju, tapi kalau sewa dinaikkan sampai ke harga seperti di pusat beli-belah, saya tidak bersetuju,’’ katanya.

“Pelanggan sekarang dah kurang, kalau kita naikkan taraf bagus supaya sama dengan pusat beli-belah lain tetapi dengan harga sewa yang murah,’’ katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila netizen mendakwa kononnya Kompleks PKNS itu akan dirobohkan.

Susulan itu, PKNS memaklumkan akan membuat laporan polis terhadap fitnah tersebut yang disifatkan sebagai tidak berasas.

Peniaga yang ditemui Scoop di Kompleks PKNS melahirkan kebimbangan sekiranya bangunan itu menjalani proses naik taraf, ia sekali gus mengubah keseluruhan wajahnya, serta mereka akan mengalami kerugian kerana kedai ditutup semasa proses itu – Alif Omar/Scoop, 19 Mac, 2024

Malah dalam satu kenyataan, PKNS menegaskan ia tidak ada perancangan untuk merobohkan Kompleks PKNS ini.

Sementara itu, peniaga yang ditemui Scoop di kompleks berkenaan melahirkan kebimbangan sekiranya bangunan itu menjalani proses naik taraf, ia sekali gus mengubah keseluruhan wajahnya.

Salah seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Emawati bimbang peniaga akan mengalami kehilangan pendapatan jika mereka terpaksa menutup perniagaan dalam tempoh berkenaan.

“Kalau kedai kami ni ditutup (semasa naik taraf), walaupun sekejap, ia akan menyebabkan bisnes terganggu. Macam stok kami ni, tak tahu nak letak mana, pening nak fikirkan.

“Tapi kita tak boleh nak cakap banyak, bangunan pun milik orang dan kita hanya penyewa. Kami terpaksa ikut sahaja.” katanya yang sudah 25 tahun membuka perniagaan baju di situ.

Kata Acik Yah, pemilik kedai pakaian kanak-kanak D’Zapin Cute Collection, ramai yang berkunjung ke Kompleks PKNS kerana nilai sentimental. Jika dinaik taraf menjadi sama seperti pusat membeli-belah lain, apa istimewanya lagi? – Muslim Al Abid Baharuddin/Scoop, 19 Mac, 2024

Bagi penjual pakaian kanak-kanak yang hanya dikenali sebagi Acik Yah pula, jika bangunan itu menjalani proses naik taraf, nilai nostalgia akan hilang sekali gus pelanggan akan lari.

“Bagi saya tak perlulah nak dinaiktarafkan tempat ni, saya sudah 17 tahun di sini. Tempat ini boleh dianggap sebagai ‘legend’. Ramai yang berkunjung ke sini kerana nilai sentimental itu. Kalau dah jadi seperti pusat beli-belah lain jadi apa istimewanya yang tinggal?” katanya.

Manakala peniaga baju kebaya di kedai ‘MY Collection’, Nor Saadah yang sudah 15 tahun berniaga di situ berasa sedih kerana bangunan yang bersejarah itu akan dinaik taraf.

“Kompleks ini adalah antara bangunan paling lama, jika SACC Mall tu nak dirobohkan tiada masalah,” ujarnya. – 19 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related