Tiada kegiatan hidupkan semula ajaran Ayah Pin dikesan di Pahang: Polis

Pihak polis sentiasa memantau perkembangan bekas pengikut dan anak Ayah Pin yang berada di negeri ini

8:35 PM MYT

 

KUANTAN – Tiada sebarang kegiatan dan usaha untuk menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad dikesan di Pahang setakat ini, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.

Bagaimanapun beliau berkata pihaknya sentiasa memantau perkembangan bekas pengikut dan anak Ayah Pin yang berada di negeri ini.

“Polis akan terus mengesan sekiranya terdapat sebarang kegiatan ke arah mengaktifkan kembali ajaran berkenaan dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba menghidupkan semula ajaran yang difatwakan sesat itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan terdapat dakwaan ajaran Ayah Pin yang mahu dihidupkan semula oleh pengikutnya dan mula menular ke negeri lain termasuk Pahang iaitu di Rompin dan Pekan.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebelum ini mengeluarkan fatwa bahawa ajaran Ayah Pin sesat mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dan diwartakan haram pada 1997.

Pada April 2016, Ayah Pin meninggal dunia pada usia 74 tahun di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut Terengganu kerana sakit tua. – 18 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related