Dhia tidur di beberapa surau sepanjang 5 hari hilang, hanya berbekalkan wang RM25

Dhia berkata dia kini menyedari kesilapannya dan enggan lagi membuat ibu bapanya bimbang di atas segala perlakuannya

4:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Saya minta maaf sebab lari, janji saya tak buat lagi,’’ itu kata-kata yang diluahkan oleh Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, selepas kembali ke pangkuan keluarganya awal pagi tadi.

Ketika berkongsi cerita dengan Scoop, Dhia berkata sepanjang lima hari kehilangannya, dia menumpang tidur di beberapa surau di sekitar ibu kota dengan berbekalkan wang sebanyak RM25.

Mengakui berkecil hati dengan tindakan ibunya, Syarifah Rosfazila Muhammad Fazili, 41, Dhia berkata dia kini menyedari kesilapannya dan enggan lagi membuat ibu bapanya bimbang di atas segala perlakuannya.

“Masa tu saya takut, saya buat benda baik (beli hadiah ulang tahun) tapi mama dan babah ( Mohd Chairil Anuar Mahmud, 40) macam tak percaya.

Dhia bermesra bersama adiknya di rumah selepas ditemui awal pagi tadi. Katanya, selepas keluar dari rumah Selasa lalu, dia tidur di surau-surau di sekitar Ampang, Setiawangsa dan Taman Sri Rampai – Azim Rahman/Scoop, 17 Mac, 2024

“Selepas itu saya terus keluar macam itu sahaja, tak rancang pun, saya terus keluar rumah tak fikir apa.

“(Sepanjang keluar rumah) saya tidur di surau-surau di sekitar Ampang, Setiawangsa dan Taman Sri Rampai dengan bawa duit sebanyak RM25 sahaja. Lepas subuh, saya akan keluar surau dan berjalan di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Terdahulu, Dhia dilaporkan hilang sejak Selasa lalu apabila tidak pulang ke rumahnya selepas dikatakan berselisih faham dengan ibunya pada petang hari kejadian.

Ibu kanak-kanak itu berkata, kali terakhir dia bersama anak sulungnya itu adalah di kediaman mereka di Flat Sri Selangor, Jalan San Peng di sini pada kira-kira jam 4 petang.

Dia bagaimanapun ditemui selamat pada jam 2.28 pagi ini ketika berjalan seorang diri berhampiran kawasan lot kedai di Taman Sri Rampai, di sini.

Ibu Dhia, Syarifah Rosfazila Muhammad Fazili sangat bersyukur Dhia ditemui dalam keadaan selamat dan tidak cedera – Azim Rahman/Scoop, 17 Mac, 2024

Sementara itu, Syarifah Rosfazila bersyukur kerana anaknya ditemui dalam keadaan selamat dan sihat.

Sebaik ditemui, Dhia terus dibawa mendapatkan pemeriksaan kesihatan fizikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan hasil pemeriksaan, doktor memaklumkan tiada sebarang perkara mencurigakan berlaku terhadap anaknya itu.

“Alhamdulillah bersyukur sangat Dhia dah ditemui, saya dah berapa hari tak tidur (memikirkan Dhia).

“Selepas ditemui, Dhia terus dibawa buat pemeriksaan fizikal dan keputusannya pihak hospital akan hantar terus kepada polis.

“Tetapi setakat ini, daripada pemeriksaan doktor tidak temui apa-apa benda pelik dan Dhia nampak sihat,” katanya. – 17 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related