Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Perbincangan dengan wakil parti pembangkang ditangguhkan kerana Datuk Seri Takiyuddin Hassan ada urusan penting di Kota Bharu

4:58 PM MYT

 

KUCHING — Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata perbincangan yang melibatkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, sepatutnya diadakan pada Selasa lepas.

“Sepatunya Selasa lepas, semua wakil parti iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PAS), Datuk Hamzah dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Bersatu), tapi mereka minta tangguh kerana Takiyyudin ada urusan penting di Kota Bharu.

“Jadi mungkin minggu depanlah, (tarikh) belum ada lagi sebab tunggu mereka tetapkan. Saya sebelum ini memang dah tetapkan Selasa lepas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Surau Al-Hidayah, Petra Jaya di sini, hari ini.

Fadillah berkata perbincangan berkenaan, akan turut memperincikan permohonan pihak pembangkang kepada kerajaan termasuklah sebarang bentuk kerjasama yang boleh terjalin antara kedua-dua pihak.

“(Selepas itu) Barulah saya akan bentangkan kepada kerajaan untuk dibincangkan, kemudian barulah berlaku perundingan,” katanya. 

Dalam pada itu, Fadillah menafikan dakwaan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mengatakan kawasannya belum menerima sebarang peruntukan.

“Peruntukan kepadanya sebagai Ahli Parlimen belum ada, tetapi peruntukan di kawasan Parlimen ada. Dia (Syed Saddiq) baru jumpa saya dua kali… (Namun) Saya nak bincang dengan ketua pembangkang (Hamzah) dahulu,“ katanya.

Pada Khamis, Syed Saddiq dilaporkan berkata demikian dalam pemberitahuan pertanyaan lisan Dewan Rakyat seperti disiarkan di laman web Parlimen.

Bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu turut mendakwa, beliau sudah tiga kali berunding berkaitan perkara itu dengan Timbalan Perdana Menteri.

Bagi menjawab soalan berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dalam jawapan bertulis berkata lebih RM300 juta disalurkan menerusi pelaksanaan puluhan projek di Parlimen Muar. – 17 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related