Beli nasi lemak tapi dapat sambal segera, ‘tak ada letak bawang, rasa macam sos cicah popia’

Video perkongsian wanita itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen

3:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita kecewa apabila sambal nasi lemak yang dibelinya di Bazar Ramadan Putra Perdana dekat Puchong tidak menggunakan sambal tumis.

Menerusi perkongsian wanita itu di TikTok, sambal nasi lemak itu hanya campuran sos cili, kicap dan sos tiram.

“Sambal nasi lemak dia hanya campur sos cili, kicap dan sos tiram. Dia tak masak ke, tak letak bawang ke, nothing (kosong). Tak ada apa-apa.

“Aku tak faham ini bulan Ramadan, sepatutnya pahala kau tambah tapi tak, ni kau jual lepas tu dosa kau je tambah. Sebab apa? Semua maki-maki makanan kau,” katanya.

Susulan itu, wanita tersebut menasihati orang ramai supaya berhati-hati sekiranya ingin membeli nasi lemak di bazar tersebut.

“Kalau korang pergi bazar Putra Perdana, jaga-jaga masa beli nasi lemak okey!” katanya.

Video perkongsian wanita itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Ingatkan kuah popia sira,” kata Alainaa.

“Itu kalau godak dalam kawah lama sikit boleh jadi dodol ke ek?” soal Raihan Selamat.

“Ini sos keropok lekor ke?” soal Fit_.

“Pulut panggang batu, onde-onde gula balik Melaka, popia rentung, popia tumbuk lesung, nasi lemak sambal segera. Next (seterusnya),” sindir thevickili77.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang mempersoalkan sikap peniaga tersebut yang tidak jujur dalam berniaga di bulan Ramadan.

“Dah tahu tak pandai masak kenapa nak juga berniaga?” soal Aliah.

“Aku hairan macam mana orang Putra Perdana boleh berniaga, kebanyakan makanan kat situ tak sedap. Ada dua, tiga kedai je yang okay. Jual nasi lemak pun pedas, pakai nasi putih sambal rasa cili je. Hmmm,” kata Sheyshenn.

Sementara itu, seorang netizen turut mendakwa terbeli nasi lemak dari gerai yang sama dengan wanita tersebut.

“Baru je beli dari gerai tadi. Patutlah sambal nasi lemak tu dia letak belah belakang, tak nampak langsung tekstur sambal dia. Memang rasa dia macam sos cicah popia tu. Sedih tau,” kata Thiya. – 17 Mac, 2024

Topics

Hangat

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Buddhist leader urges calm, constructive actions following offensive football fan posts

He acknowledges that posts were unkind, unprofessional, but no plans to lodge additional police reports

Related