Dhia berada dalam keadaan baik, tidak mengalami sebarang kecederaan

Kanak-kanak itu dilaporkan hilang sejak Selasa lalu dan ditemukan di Taman Sri Rampai pagi ini

1:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar yang ditemukan pagi ini selepas dilaporkan hilang sejak Selasa lalu, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, Dhia juga berada dalam keadaan baik ketika polis ke lokasi kanak-kanak itu ditemukan di Taman Sri Rampai dekat sini.

Menurut beliau, setakat ini lapan orang saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Kes disiasat di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP) Orang Hilang dan siasatan lanjut bagi melengkapkan siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis telah mendapat maklumat mengenai penemuan Dhia pada jam 1 pagi tadi.

“Susulan maklumat tersebut, pihak polis telah berjumpa dengan pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi mendapatkan maklumat lanjut. Semasa pihak polis berada di kawasan tersebut, ibu kanak-kanak tersebut telah menghubungi polis memberitahu anaknya telah ditemukan oleh orang awam seorang diri merayau di kawasan tersebut.

“Pihak polis telah ke lokasi dan menemui kanak-kanak tersebut dalam keadaan baik dan tiada mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Terdahulu Scoop melaporkan, ibu kanak-kanak itu, Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, mengesahkan anaknya ditemukan ketika berjalan seorang diri di Sri Rampai.

“Allahuakbar, Allah Maha Besar. Dengan segala doa serta pertolongan dari semua, anak saya sudah dijumpai dengan selamat.

“Kami temui dia dekat Sri Rampai ketika berjalan seorang diri. Ketika ini kami berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Dhia,” katanya.

Dhia dilaporkan hilang sejak Selasa lalu apabila tidak pulang ke rumahnya selepas dikatakan berselisih faham dengan ibunya pada petang hari kejadian.

Ibu kanak-kanak itu berkata, kali terakhir dia bersama anak sulungnya itu adalah di kediaman mereka di Flat Sri Selangor, Jalan San Peng di sini pada kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, berlaku perselisihan faham antara mereka selepas dia menerima WhatsApp daripada guru sekolah Dhia yang memaklumkan anaknya itu tidak hadir ke sekolah.

Selepas Dhia pulang ke rumah pada waktu petang hari kejadian, katanya, dia bertanya mengapa anaknya tidak ke sekolah dan ke mana, sebelum dimaklumkan dia membeli hadiah untuk melakukan kejutan sempena ulang tahun perkahwinan Syarifah Rosfazila dan suami. – 17 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

[UPDATED] Swatch scandal: Home Ministry must return Pride collection watches in 14 days

High court rules in favour of company but did not make any orders for damages, costs

Related