Ketegasan PM dalam isu Palestin ketika di Jerman cerminan Malaysia serius tentang kezaliman Zionis: Na’im

Malaysia juga sudah berulang kali menegaskan pendirian tersebut termasuk di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

2:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membangkitkan isu dan menyokong perjuangan rakyat Palestin ketika berada di Jerman wajar diberikan pujian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, pendirian tegas itu memberi cerminan bahawa Malaysia amat serius dalam menentang kekejaman rejim Zionis di bumi Palestin.

Menurutnya, Malaysia sudah berulang kali menegaskan pendirian tersebut termasuk di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Penindasan terhadap rakyat Palestin di Gaza sudah berlarutan puluhan tahun lamanya dan sejak itu Malaysia tidak berganjak dengan pendirian sama.

“Lebih 30,000 rakyat Palestin terkorban, manakala lebih 73,000 cedera akibat kezaliman rejim Zionis sejak Oktober tahun lalu.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru seluruh rakyat termasuk masyarakat dunia untuk terus mengutuk tindakan Israel dan menggesa agar serangan tersebut dihentikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketika Malaysia dan Jerman secara bersama menggesa gencatan senjata dilaksanakan segera di Gaza sewaktu lawatan Anwar, Perdana Menteri turut mengecam sikap hipokrit barat berhubung tindakan Israel di Gaza.

Dalam sidang media pada 11 Mac lalu, Canselor Jerman Olaf Scholz mempertahankan hak Israel untuk mempertahankan diri ‘dengan apa cara’ dan menekankan kepada pembebasan tahanan serta bantuan kemanusiaan.

Bagaimanapun, Anwar berkata: “Anda tidak boleh mencari penyelesaian dengan bersikap berat sebelah dengan melihat kepada satu isu dan melupakan kekejaman selama 60 tahun.

Sementara itu, Mohd Na’im meminta pengurusan Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk melaksanakan solat hajat berdoa untuk keamanan di Gaza.

Katanya, masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut diminta untuk berbuat demikian.

“Bulan Ramadan kali ini perlu diambil peluang buat umat Islam seluruh dunia untuk terus berdoa agar rakyat Palestin dilindungi.

“Sesungguhnya, doa itu adalah senjata umat Islam dalam mendapat keredaan dan perlindungan daripada Allah SWT,” katanya. – 16 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related