6 rekaan baju Melayu ini undang kontroversi, unik tapi pelik

Benarkah 'transformasi' baju Melayu seiring peredaran zaman telah membuatnya hilang identiti dan konsep asalnya?

3:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Baju Melayu selalunya dipakai semasa menunaikan solat, ke acara formal atau menjadi busana ketika sambutan hari raya.

Pakaian tradisional lelaki Melayu sejak zaman-berzaman itu menampilkan baju lengan panjang dan seluar panjang, dengan digayakan bersama beberapa aksesori sebagai pelengkap penampilan, iaitu samping, songkok, tanjak serta capal.

Asal-usulnya, baju Melayu yang boleh didapati dalam beberapa jenis, seperti baju Melayu teluk belanga dan baju Melayu cekak musang dianggap pakaian yang bukan sahaja menutup aurat serta cantik dipandang, tetapi juga melambangkan kesantunan pemakai.

Namun, seiring peredaran zaman yang turut menyaksikan fesyen berubah, ada antara pereka pakaian ‘mentransformasi’ baju Melayu sehingga ada antaranya dianggap sudah hilang identiti dan konsep asal klasiknya, selain didakwa ‘dirosakkan’, ‘dicabuli’ dan tidak dihormati.

Benarkah?

Scoop senaraikan rekaan baju Melayu klasik dan beberapa fesyen busana itu yang dimodenkan sejak beberapa tahun lalu, jadi anda nilaikan sendiri.

Baju Melayu klasik

Baju Melayu teluk belanga (kiri) dan baju Melayu cekak musang (kanan) dianggap pakaian yang bukan sahaja menutup aurat serta cantik dipandang, tetapi juga melambangkan kesantunan pemakai – Gambar laman web Omar Ali, 17 Mac, 2024

Baju Melayu jarang

Pereka Arma Abdul Rahman yang turut menghasilkan baju Melayu ‘transparensi’ mengatakan dia tidak merosakkan busana tradisional atau ingin perkara itu viral, sebaliknya ia dipersembahkan sekadar di pertunjukkan fesyen – Gambar Instagram Arma Couture, 17 Mac, 2024

Pernah kecoh di media sosial apabila tular dua rekaan baju Melayu jarang dan ‘tembus dalam’ diperagakan model lelaki, sehingga ia jelas menampakkan lengan, dada serta bulu kaki, sekali gus mencetuskan kontroversi dengan rata-rata netizen, mengecam perekanya sebagai tiada sensitiviti dan tidak menghormati pakaian tradisional itu.

Tampil menjawab kritikan diterima, pereka fesyen terbabit, Firdaus Abd Razak atau lebih dikenali Afeer menerusi laporan sebuah portal berkata, baju Melayu diperagakan model itu bukan untuk dijual di pasaran dan penggunaan kain net dalam menghasilkan busana itu hanya untuk menunjukkan kualiti jahitan dalaman pakaian dikeluarkan jenamanya.

Manakala, pereka Arma Abdul Rahman yang turut menghasilkan baju Melayu ‘transparensi’ dengan memperlihatkan kulit pemakai sehingga menjadi buah mulut netizen, mengatakan dia tidak merosakkan busana tradisional atau ingin perkara itu viral, sebaliknya ia dipersembahkan sekadar di pertunjukkan fesyen bagi mempamerkan potongan asli serta ciri tradisional dimiliki dan akan disesuaikan mengikut permintaan pelanggan.

Baju Melayu ‘pakaian renang’ sendat

Pencipta rekaan baju Melayu ini, Amir Kadir, tampil memohon maaf dan menjelaskan baju digayakan bukanlah sesendat direkanya atau dihasilkan terlalu sendat serta sengaja memperlekehkan budaya Melayu sendiri – Gambar Instagram Amir Kadir Design, 17 Mac, 2024

Mendengar namanya sahaja sudah cukup pelik jadi tidak hairanlah apabila foto memaparkan seorang model lelaki mengenakan baju Melayu sendat seolah-olah memakai renang itu tular, ia menjadi topik hangat diperkatakan netizen, antaranya kata-kata, “Baju Melayu ke swimming suit ni, ketat betul.”

Lantas pencipta rekaan itu, Amir Kadir tampil memohon maaf dan menjelaskan baju digayakan bukanlah sesendat direkanya atau dihasilkan terlalu sendat serta sengaja memperlekehkan budaya Melayu sendiri, tetapi seorang daripada model yang memperagakannya berbadan ‘sado’ dan saiz dipakainya agak kecil untuk tubuh.

Baju Melayu bengkung

Tepuk dada, tanya selera. Ada yang memuji dan ada yang mengeji kolaborasi Pak Nil dan Razman Razmi ini. Anda bagaimana? – Gambar Razman Razmi, 17 Mac, 2024

Pakaian dihasilkan selebriti serta pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil dan pereka fesyen terkemuka, Razman Razmi ini pernah menjadi topik hangat media sosial pada tahun 2019 dengan segelintir mempersoalkan rekaan itu yang dianggap ‘tidak sedap mata memandang’, manakala sebahagian memujinya sebagai unik dan cantik.

Baju ‘Thorraya’

Keunikan rekaan itu adalah ia mempunyai mantel di belakang yang boleh dipakai dan ditanggalkan, selain bahagian kain berkenaan boleh digunakan sebagai sejadah – Gambar Instagram Erry Putra, 17 Mac, 2024

Pastinya anda membayangkan daripada namanya sahaja, ia seperti mempunyai kaitan dengan watak Thor dalam filem Avengers, kan? Eh bukan seperti dikatakan perekanya yang juga pelakon Erry Putra ‘jangan cakap itu baju Avengers sudah lah hahaha…’, sebaliknya baju Melayu direkanya ini sebagai ‘memeriahkan’ industri dan memberi lebih pilihan kepada orang ramai.

Katanya, keunikan rekaan itu adalah ia mempunyai mantel di belakang yang boleh dipakai dan ditanggalkan, selain bahagian kain berkenaan boleh digunakan sebagai sejadah.

Baju Melayu lengan pendek

Kata Erry Putra, rekaan itu dijual dalam pelbagai warna dan sesuai untuk semua orang sama ada berbadan sado atau sebaliknya – Gambar Instagram Erry Putra, 17 Mac, 2024

Ini satu lagi pakaian dihasilkan Erry Putra yang mendapat perhatian dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat kerana ia didakwa seolah-olah ‘mencabuli’ rekaan asli baju Melayu kerana berlengan pendek.

Tenang dengan cakap-cakap orang, Erry berkata, rekaan itu dijual dalam pelbagai warna dan sesuai untuk semua orang sama ada berbadan sado atau sebaliknya. – 17 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related