Jerman, Malaysia berperanan dalam menyelesaikan konflik Gaza, kata Anwar

Walaupun mustahil untuk memadamkan sejarah, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keperluan sekarang untuk mengusahakan penyelesaian damai terhadap konflik itu

1:11 PM MYT

 

HAMBURG — Jerman dan Malaysia mesti menggunakan pengaruh mereka untuk mencapai penyelesaian secara damai dalam konflik di Gaza, walaupun kedua-dua negara mempunyai pandangan yang berbeza mengenai konflik itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.  

“Apa yang penting adalah bagi kita (Malaysia), untuk Jerman menggunakan pengaruh kita untuk mencapai penyelesaian secara damai terhadap masalah ini. Apa yang diperlukan sekarang adalah gencatan senjata secara kekal,” kata Anwar dalam satu wawancara dengan Agensi Berita Jerman (dpa).         

Dalam wawancara itu, Anwar memuji Canselor Jerman Olaf Scholz kerana “sangat memahami” dalam usaha untuk memahami kedudukan Malaysia, sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam terhadap Gaza dan organisasi Hamas.         

“Saya tidak terpengaruh dengan propaganda ini. Kami melihat mereka sebagai pejuang kebebasan”, kata Anwar yang tiba di Berlin pada 10 Mac untuk lawatan rasmi enam hari ke Jerman.         

Walaupun mustahil untuk memadamkan sejarah, Anwar menekankan keperluan sekarang untuk mengusahakan penyelesaian damai terhadap konflik itu.             

Beliau berkata “kehidupan, harta benda, maruah” rakyat Palestin mesti dihormati.             

Lebih 31,000 orang telah terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza hampir lima bulan lepas.

Pada Isnin, Anwar telah mengadakan perbincangan dengan Scholz dan Presiden Frank-Walter Steinmeier.             

Pada perbincangan itu, Bernama melaporkan bahawa Malaysia dan Jerman telah menggesa gencatan senjata secara kekal di Semenanjung Gaza, serta pembebasan tebusan dan bantuan kemanusiaan segera kepada rakyat Palestin.             

Dalam membuat gesaan itu, Anwar dan Scholz berkata masyarakat antarabangsa juga perlu berusaha untuk penyelesaian dua negara bagi menyelesaikan konflik selama beberapa dekad di Asia Barat itu.             

Dalam temu bual itu, dpa turut memetik Anwar sebagai berkata bahawa lebih 700 syarikat Jerman sudah aktif di Malaysia, termasuk pengeluar cip Infineon. – 16 Mac, 2024          

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related