Patah gigi gara-gara makan popia keras, lelaki anggap ‘tergadai masa depannya’

Lelaki itu turut menunjukkan popia yang dibelinya dan menggunakan batu lesung untuk menumbuk popia berkenaan sebagai demonstrasi betapa tebal dan kerasnya makanan berkenaan

9:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki menemplak penjual di sebuah bazar Ramadan yang menjual popia keras dan liat hingga mengakibatkan sebatang giginya patah.

Menerusi hantaran di TikTok, lelaki yang dikenali sebagai ejueju.okodoko turut menunjukkan giginya yang patah itu dengan kapsyen ‘tergadai masa depan aku’.

“Korang ni meniaga macam mana? Ini gigi aku tau (sambil menunjukkan giginya),’’ katanya.

Dia turut menunjukkan popia yang dibelinya pada harga RM8 itu dan menggunakan batu lesung untuk menumbuk popia berkenaan sebagai demonstrasi mengenai tebal dan kerasnya makanan berkenaan.

Namun lelaki tersebut tidak menamakan bazar yang dikunjunginya.

Hantaran berkenaan mendapat perhatian ramai yang turut mengkritik makanan yang dijual di bazar.

“Sekarang baru aku percaya yang mak aku kata sebab popia la gigi dia tak de, rupanya betul,’’ kata salah seorang netizen.

“Kali pertama tengok orang makan popia tumbuk guna batu lesung. Jujurlah wahai peniaga dalam bulan mulia ini,’’ kata sejati820.

Manakala seorang netizen, @thevickili77 pula menyenaraikan makanan yang mendapat perhatian termasuk pulut panggang batu, onde-onde gula balik Melaka (kosong), popia rentung dan popia lumbuk lesung.

Hantaran tersebut disifatkan ramai sebagai kelakar apatah lagi selepas melihat gigi lelaki itu patah.

“Ya Allah pecah ketawa ku…aduhai, penjual pun, orang nak berniaga dia pun nak berniaga akhirnya dapat popia tumbuk.

“Saya dah lama tak ke bazar Ramadan…tapi puasa pertama suami beli kuih kat bazar tetapi tak boleh makan kerana dah basi,’’ tulis seorang lagi netizen. – 15 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-tahun-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Cyberbullying: a deadly trend in Malaysia demanding urgent action – Syerleena Abdul Rashid

With tragic suicides linked to online harassment, there is urgent need for stronger laws, increased penalties to combat this menace effectively

Related