Proses cerai fast track sumbang peningkatan kes perceraian di Selangor?

Proses perceraian segera itu bukan cara untuk mana-mana pasangan bercerai sewenang-wenangnya, sebaliknya ia masih perlu diteliti dengan serius

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Proses cerai ‘fast track’ atau secara ekspres dipercayai menyumbang kepada peningkatan jumlah perceraian di Selangor.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, proses perceraian itu diperkenalkan sejak 2019 bagi membolehkan pasangan suami isteri, tidak lagi perlu melalui prosedur panjang untuk meleraikan ikatan perkahwinan mereka.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang. – Gambar Bernama, 15 Mac, 2024

“Ya ia (cerai fast track) antara faktor penyumbang (perceraian) kerana proses tuntutan dipermudahkan, selain kaunseling tidak diwajibkan dan tidak dijadikan pra syarat untuk bercerai.

“Perceraian boleh berlaku hanya dengan alasan suami isteri sudah tidak bercakap atau tidak bertegur antara satu sama lain di rumah,” katanya

Musa berkata, proses cerai fast track juga perlu dikaji dari semasa ke semasa dengan mendengar pandangan pelbagai pihak bagi memastikan perceraian dibuat menerusi kaedah tepat dan baik, tanpa menekan mana-mana pihak.

Secara asasnya, cerai fast track ditetapkan menerusi Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Dalam peruntukan terbabit, Seksyen 47 (5) menyatakan, jika satu daripada pihak, sama ada suami atau isteri tidak bersetuju dengan tuntutan cerai, kes akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pendamai (JKP), seterusnya Hakam Keluarga dan Hakam Majlis.

Sementara itu, peguam Syarie, Shafiq Mukhtar berkata, walaupun jumlah perceraian meningkat di Selangor, ia tidak bermakna ramai pasangan negeri berkenaan mempunyai masalah rumah tangga.

“Ini tidak bermakna Selangor ramai pasangan bermasalah, cuma dari sudut demografi, Selangor menjadi tumpuan mencari rezeki dan tempat kediaman,” katanya.

Bagaimanapun, Shafiq berkata, proses perceraian segera itu, bukan cara untuk mana-mana pasangan bercerai sewenang-wenangnya, sebaliknya ia masih perlu diteliti dengan serius.

“Orang perlu ingat, perceraian fast track ini bermaksud prosesnya dimudahkan, bukan dimudah-mudahkan atau sambil lewa membenarkan perceraian.

“Namun sekiranya tiada jodoh, perceraian adalah jalan keluar yang baik,” katanya.

Pada masa sama, Shafiq memaklumkan, cerai fast track juga tidak mudah diluluskan kerana ada beberapa prasyarat perlu dipatuhi.

Syarat itu, katanya, termasuk penyediaan dokumen lengkap, suami dan isteri hadir ke mahkamah, wujud persetujuan antara pasangan terbabit untuk bercerai secara baik dan harmoni, isteri dalam keadaan suci serta tidak berlaku persetubuhan dalam tempoh suci berkenaan.

Beliau turut menyarankan bahawa prosedur cerai segera itu boleh diteruskan selagi ia tidak disalah guna dan tidak melanggar ajaran Islam.

“Ya (patut diteruskan) kerana perceraian bukanlah perkara terkutuk, bahkan disebut dalam hadith yang mengatakan bahawa ‘perkara halal namun dibenci Allah adalah talak (perceraian)’,” katanya.

Semalam, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, nekad memfailkan cerai secara fast track terhadap suaminya, Aliff Aziz atas beberapa alasan, termasuk tiada persefahaman dan lelaki itu masih berlaku curang walaupun peluang sudah berulang kali diberi.

“Saya kira perceraian adalah yang terbaik sekarang. Dah banyak peluang diberikan pun. Saya harap Aliff dapat berikan kerjasama dalam menyelesaikan kemelut ini,” katanya memetik laporan media. – 15 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related