KUALA LUMPUR – Kerja penyelenggaraan sistem dijalankan pasukan teknologi maklumat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), menjadi punca paparan gambar pemilik Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) berbeza dengan maklumat sebenar individu.
Menerusi kenyataannya, jabatan itu memaklumkan, kerja penyelenggaraan terbabit dibuat secara berkala bagi memastikan kelestarian sistem MyJPJ.
Katanya, JPJ mengambil maklum dan memohon maaf berhubung isu berkenaan.
“Jabatan ingin memaklumkan bahawa perkara ini sudah diambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan serta merta,” katanya.
JPJ berkata, pihaknya mengesahkan dan memberi jaminan bahawa tiada sebarang unsur menyalahgunaan sistem atau kecurian identiti maklumat pemegang lesen memandu berhubung isu terbabit.
“Sebaliknya, segala maklumat adalah terpelihara dan selamat.
“JPJ akan sentiasa menambah baik sistem dari semasa ke semasa bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan digital terbaik kepada rakyat,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai dakwaan seorang netizen bahawa lesen digital miliknya memaparkan wajah orang lain.
Bagaimanapun, maklumat dipaparkan di lesen itu sama, sekali gus menyebabkan individu terbabit inginkan penjelasan. – 14 Mac, 2024