SPRM sahkan ahli perniagaan Singapura dipanggil bantu siasatan kes individu berprofil tinggi di Malaysia

Ahli perniagaan itu juga diperintahkan untuk mengisytiharkan harta dan pegangan kewangan keluarganya

8:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil seorang ahli perniagaan dan pemaju hartanah Singapura untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan terhadap individu berprofil tinggi di negara ini.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, ahli perniagaan itu juga diperintahkan untuk mengisytiharkan harta dan pegangan kewangan keluarganya.

“SPRM mengesahkan seorang ahli perniagaan dan pemaju hartanah Singapura dipanggil untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan terhadap individu berprofil tinggi di Malaysia.

“Saya boleh mengesahkan bahawa lebih ramai orang dijangka dipanggil untuk disoal siasat dalam masa terdekat berhubung siasatan ini,” kata ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, SRPM dilaporkan menyerbu rumah dan menyiasat ahli perniagaan serta pemaju hartanah, Akbar Khan berhubung dakwaan kes rasuah yang melibatkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Memetik laporan CNA, pemegang saham utama BRDB Developments Sdn Bhd itu disiasat berikutan terdapat dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah.

Susulan itu, pihak berkuasa telah menahan dan menyoal siasat beliau pada minggu lalu selepas menyerbu rumah serta premis perniagaan miliknya di Kuala Lumpur.

Menurut sumber kanan SPRM, akaun perniagaan dan peribadi milik Akbar sudah dibekukan dan beliau diarahkan supaya mengisytiharkan semua aset termasuk pegangan kewangan keluarganya.

Berikutan kejadian itu, pemaju hartanah tersebut dijangka dipanggil semula untuk disoal siasat bersama beberapa individu lain dalam tempoh terdekat.

Kedua-dua individu terbabit berperanan dalam penghantaran balik saham beku bernilai AS$4 bilion atau bersamaan RM18.75 bilion yang pernah disenaraikan dalam Central Limit Book Order (CLOB).

Namun, pasaran perdagangan Singapura tidak lagi berfungsi dalam urus niaga yang melibatkan pertukaran pegangan saham di konglomerat Multi-Purpose Holdings Bhd (MPHB) pada akhir 1990-an dan 2000 di Malaysia.

Difahamkan siasatan itu turut dikaitkan dengan pengambilalihan Akbar ke atas MPHB pada 1999 termasuk struktur perjanjian tersebut.

SPRM juga sedang menyiasat berkenaan pinjaman sebanyak AS$140 juta unit MPHB di British Virgin Islands, Eightybridge, Amerika Syarikat dan Strykers Development Inc yang digunakan untuk memperoleh kawalan saham MPHB daripada ahli perniagaan, Lim Thian Kiat.

Akbar juga memperoleh hak eksklusif dalam meletakkan asas pengambilalihan MPHB daripada kementerian kewangan yang ketika itu dipimpin oleh Daim dalam mengendalikan penghantaran balik saham beku bernilai lebih AS$4 bilion di CLOB.

Bagaimanapun pejabat Akbar enggan mengulas sebarang kenyataan berhubung siasatan itu dan memberi tumpuan terhadap keadilan kes berkenaan.

Sebelum ini, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan, gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan 12 aset harta antaranya di ibu negara dan Pulau Pinang.

Susulan itu, Daim disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). – 14 Mac 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Zii Jia’s payment sponsorship-based, not for national representation, says BAM admin head

This as badminton body’s sponsors differ from star shuttler’s, says Michelle Chai

Bar Council’s challenge of Pardons Board decision to reduce Najib’s sentence is ‘unprecedented’: Hamid Sultan

Retired judge says he has never heard of an attempt to impair a prisoner's constitutional rights, or an injunction to restrict their rights

Related