Tiada cadangan wujud akta kawal selia platform media sosial: Fahmi

Sementara itu MCMC telah diminta memperluaskan cara untuk mengenal pasti pihak-pihak yang membuat sebaran promosi judi secara dalam talian serta menyahaktifkan akaun yang terlibat

6:20 PM MYT

 

CYBERJAYA – Kerajaan tiada cadangan untuk mewujudkan akta khusus bagi tujuan mengawal selia platform media sosial.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak pernah mengumumkan sebarang niat untuk penggubalan akta seumpama itu.

“Saya belum pernah dengar.., ini kali pertama saya dengar mengenainya. Pada waktu ini kementerian dan kerajaan belum ada cadangan untuk mewujudkan satu akta kawal selia untuk platform media sosial,” katanya ketika ditemuii selepas merasmikan aplikasi mudah alih Penyelesaian e-Farmasi, di sini hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini dilaporkan dalam proses menyediakan satu kerangka bagi membolehkan semua penyedia platform media sosial berdaftar dengan agensi itu bagi memudahkan pengawalseliaan platform berkenaan di negara ini.

Sementara itu Fahmi berkata MCMC telah diminta memperluaskan cara untuk mengenal pasti pihak-pihak yang membuat sebaran promosi judi secara dalam talian serta menyahaktifkan akaun yang terlibat.

“Setiap daripada media sosial ini ada garis panduan komuniti yang sendiri. Secara umumnya menyalah guna platform untuk melakukan aktiviti terlarang atau melanggar undang-undang dalam negara, boleh mengakibatkan akaun mereka terjejas dan mungkin tidak boleh akses akaun tersebut. 

“Jadi saya sarankan janganlah kerana inginkan sedikit wang atau habuan maka menjejaskan penggunaan platform-platform ini, kerana ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengenakan sekatan yang drastik terutama terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti tidak dibenarkan seperti judi dalam talian,” katanya.

Fahmi berkata sebarang tindakan terhadap pengguna akan dibuat berpandukan undang-undang sedia ada dan yang paling efektif adalah penyahaktifan akaun mereka.

Terdahulu ketika melancarkan aplikasi e-Farmasi oleh Telekom Malaysia (TM), Fahmi berkata ia bermatlamat mempercepatkan pendigitalan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan terutamanya segmen perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan memfokus kepada penyelesaian e-preskripsi melalui telekonsultasi. 

Beliau berkata langkah itu merupakan kesinambungan daripada kerjasama antara MCMC dengan Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS) semasa Persidangan PEDi MADANI yang diadakan pada November lepas.

Inisiatif itu sejajar dengan usaha kerajaan memastikan sistem penjagaan kesihatan yang terhubung, menghimpunkan kepakaran industri, piawaian kawal selia, platform dan perkhidmatan mesra pengguna.

“Penyelesaian ini juga mencerminkan satu langkah ke hadapan yang ketara dengan menyalurkan teknologi ke segmen seperti ahli farmasi, dan memperkasakan mereka untuk menyediakan perkhidmatan farmaseutikal kepada lebih ramai rakyat, terutama masyarakat luar bandar,” katanya.

Fahmi berkata Geran Digital PMKS MADANI (GDPM) yang ditawarkan oleh kerajaan menawarkan insentif bagi menerima akses kepada teknologi serta meningkatkan kecekapan operasi, produktiviti dan perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau berkata farmasi dan pusat kesihatan yang berkelayakan berpeluang mendapatkan rebat geran hingga 50 peratus untuk perkhidmatan ketersambungan dan penyelesaian e-Farmasi. – 14 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related