‘Dahlah dipaksa beli 2 bekas sup daging, baru nak makan masa berbuka terkejut tengok ada telur lalat’

Perkongsian tersebut tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen

2:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bukan sahaja dipaksa membeli dua bekas sup daging tapi lebih mengecewakan juadah itu tidak dapat dimakan ketika berbuka puasa kerana dicemari telur lalat.

Begitulah nasib menimpa seorang wanita yang datang dari Johor Baharu dan singgah di Bazar Ramadan Semabok Perdana, Melaka kerana teringin berbuka dengan sup daging periuk besar.

Menurutnya, dia hanya ingin membeli sebekas sup daging tetapi dipaksa peniaga gerai terbabit untuk membeli sebekas lagi juadah tersebut yang berharga RM5 setiap satu.

“Sebekas RM5 dan saya hulurkan pakcik ini RM10, tapi dia beritahu sup daging dia sedap dan minta saya ambil dua bekas.

“Saya cuma nak satu bekas saja sebab hanya saya sorang yang nak makan. (Tapi) penjual ini tetap berkeras dengan memberikan saya lagi semangkuk sup kosong tanpa isi daging.

“Saya masih menunggu baki pulang saya, tetapi pakcik ini tetap jual dua bekas tanpa isi daging pada saya dengan harga RM10. Saya akur,” katanya.

Namun sebaik tiba di rumah untuk berbuka puasa, wanita itu terkejut apabila melihat telur lalat pada cencorong tulang dalam sup daging dibelinya di gerai terbabit.

“Niat saya bukan nak memalukan. (Tapi) Baliknya saya ke rumah nak berbuka puasa, lihatlah telur lalat selesa tinggal di dalam cencorong tulang. Ini ke yang dikatakan sedap?

“Daging berbau. Saya sangat terkilan dan kecewa. Mohon sesiapa yang nampak posting saya ini, kirimkan salam saya pada penjual tersebut. Kita jumpa di akhirat,” katanya.

Perkongsian tersebut tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Susulan luahan wanita itu, seorang netizen turut berkongsi pengalamannya membeli tauhu begedil ayam yang di dalamnya hanya ada kentang semata-mata di bazar sama pada tahun lalu.

“Tahun lepas beli tauhu begedil area bazar situ. Tengok tauhu begedil besar, cuba beli tauhu begedil ayam. Sekali waktu nak berbuka tengok tauhu kentang aje, isi ayam tak ada, kentang semata-mata.

“Itulah kali pertama dan terakhir. Kalau datang situ selalu beli roti john, air atau kuih saja. Itu ulang kedai yang sama,” kata Ct Umar.

Sementara itu, seorang lagi netizen turut mendakwa ditipu peniaga cempedak goreng di sebuah bazar Ramadan di Melaka.

Dakwanya, peniaga tersebut bukan menggunakan isi cempedak sebenar untuk juadah dijualnya tetapi nangka tua.

“Bazar Taman Cempaka depan Melaka Central, kau tak payah beli cempedak goreng sebab bukan cempedak yang dia goreng, tapi nangka tua siap biji dah berakar. Kena scam aku RM15,” kata Iman Ozil. – 14 Mac, 2024

Topics

Hangat

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Buddhist leader urges calm, constructive actions following offensive football fan posts

He acknowledges that posts were unkind, unprofessional, but no plans to lodge additional police reports

Related