Kes saman McDonald’s: BDS Malaysia ajak rakyat hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam 18 Mac ini

Kehadiran itu sebagai tanda menyokong kempen boikot Israel dan pertubuhan bersekongkol dengen mereka

5:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Proses mediasi bagi menyelesaikan kes saman membabitkan BDS Malaysia dengan McDonald’s Malaysia ditetapkan pada jam 9.30 pagi di Mahkamah Tinggi Shah Alam, 18 Mac ini.

Susulan itu, BDS Malaysia menyeru rakyat untuk hadir ke kompleks mahkamah tersebut pada tarikh ditetapkan bagi menunjukkan sokongan terhadap kempen gerakan itu memboikot Israel dan pertubuhan yang bersekongkol dengan mereka.

“Kempen boikot tersebut adalah kritikal kerana ini adalah cara berkesan untuk menghentikan kezaliman Israel yang sudah melampau.

“Sejak 7 Oktober tahun lalu, lebih 31,000 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak dibunuh oleh tentera Israel,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegasnya, BDS Malaysia sedar bahawa rakyat Malaysia dan seluruh dunia mengambil tindakan untuk memboikot McDonald’s kerana francais makanan segera itu di Israel memberi makanan percuma kepada askar Israel.

“Susulan itu, gerakan BDS antarabangsa dan BDS Malaysia memutuskan untuk menyokong tindakan rakyat yang mengecam tindakan McDonald’s Israel,” katanya.

Pada masa sama, BDS Malaysia berkata, tuntutan saman McDonald’s Malaysia terhadap gerakan itu menyebabkan rakyat di negara ini dan pengguna di seluruh dunia semakin marah terhadap syarikat tersebut.

“Setiap kali berita saman McDonald’s terhadap BDS Malaysia keluar, pengguna akan berasa lebih kecewa terhadap McDonald’s.

“Lebih-lebih lagi, tindakan McDonald’s yang menyaman BDS Malaysia menyebabkan gerakan BDS antarabangsa memulakan satu kempen global khas untuk memboikot restoran terbabit,” katanya.

Sementara itu, BDS Malaysia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada peguam Datuk M Reza Hassan yang memberi khidmat guaman kepada mereka dalam kes ini secara ‘pro bono’ (percuma) atas semangat persaudaraan dengan rakyat Palestin yang ditindas Israel.

Pada 30 Disember lalu, BDS Malaysia memaklumkan McDonald’s Malaysia memfailkan saman terhadap gerakan itu kerana didakwa memfitnah francais makanan segera tersebut.

“Mereka mendakwa perniagaan terjejas sejak kebelakangan ini dan menyalahkan kami. Kami menafikan secara mutlak. Oleh itu keputusan kami ialah biar mahkamah putuskan perkara ini,” katanya.

McDonald’s Malaysia sebelum ini menegaskan ia tidak menyalurkan sebarang jualan, keuntungan, royalti, atau fi francais daripada operasi restoran untuk menyokong mana-mana perjuangan politik atau konflik. – 13 Mac 2024

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Cops to call up 13 varsity students who joined Jan 25 anti-graft rally

Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia rep says this includes three from Sabah who would have to fly to KL; summoned rallygoers may meet police together on Sunday to receive notice

Related