Saya ulang… kerajaan tidak berhasrat tutup platform media sosial termasuk TikTok: Fahmi

Fahmi Fadzil menjawab soalan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan mahu menutup mana-mana media sosial yang memudaratkan

11:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan tetap dengan pendiriannya untuk tidak menutup mana-mana platform media sosial di negara ini termasuk TikTok seperti dilakukan beberapa negara lain ketika ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sebaliknya, beberapa langkah termasuk undang-undang lebih tegas sedang dipertimbangkan menerusi kerjasama lebih baik dengan platform media sosial berkenaan.

“Di Malaysia… saya ulang, kerajaan tidak berhasrat menutup mana-mana platform media sosial, tapi kita percaya, kita perlukan kerjasama lebih baik dengan platform-platform ini.

“Ada beberapa langkah yang sedang dipertimbang untuk pastikan jika ada isu keselamatan dalam talian bagi kanak-kanak terutamanya, isu bahan lucah dapati ditangani dengan lebih baik, termasuk jualan produk yang mungkin tidak patut.

“Jadi ada beberapa perkara ini sedang diteliti dan Insya-Allah kita akan tangani dengan lebih menyeluruh,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan mahu menutup TikTok atau mana-mana media sosial yang memudaratkan seperti diumumkan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Terdahulu, pengguna TikTok menyatakan kebimbangan susulan penggubal undang-undang di Washington akan mengundi hari ini untuk melarang pengunaan aplikasi tersebut di AS.

Perwakilan akan memperkenalkan rang undang-undang (RUU) yang akan mengharamkan TikTok daripada beroperasi di AS sekiranya ia tidak dijual pemiliknya dari China, ByteDance.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, isu larangan penggunaan TikTok di AS lebih kepada aspek pemilikan data, bukannya berkaitan aplikasi tersebut.

“Kalau kita lihat di negara-negara ini (yang melarang penggunaannya) dengan penyedia platform (TikTok) ada senario berbeza yang ingin mereka tangani. India sebagai contoh, TikTok ditutup sejak lima hingga enam tahun lalu.

“(Di) China (pula) TikTok tak wujud langsung. Aplikasi berbeza wujud di situ iaitu Douyin. Kalau di AS isunya lebih kepada aspek pemilikan data, bukannya aplikasi semata-mata. Jadi dari segi pemilikan itu yang dipersoalkan di AS,” katanya.

Untuk rekod, TikTok dibangunkan dengan teknologi China tetapi diharamkan di negara itu. Namun China memiliki aplikasi Douyin yang hampir sama dengan TikTok. – 13 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related