15 rumah setinggan di Kampung Pandan terbakar

Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran membabitkan 15 rumah setinggan dianggarkan berkeluasan 300 kaki persegi

9:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kira-kira 15 rumah setinggan di Kampung India Settlement, Kampung Pandan di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BB) Sentul, Mustafa Kamal Mohd Arih berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 9.51 malam.

Seramai 48 anggota dan pegawai bersama sembilan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Hang Tuah, Keramat, Sentul, Bandar Tun Razak dan Cheras bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran membabitkan 15 rumah setinggan dianggarkan berkeluasan 300 kaki persegi.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.30 tengah malam tadi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

“Kerja-kerja overhaul turut dijalankan sehingga selesai,” katanya. – 13 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related