Jangan jadikan Ramadan bulan pembaziran, pesan TPM

9:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan umat Islam supaya tidak menjadikan Ramadan sebagai ‘the mother of food waste’ atau bulan pembaziran.

Menurutnya, budaya pembaziran bukan sahaja dilarang di dalam Islam, malah bertentangan dengan prinsip kelestarian alam.

“Marilah kita saling mengingatkan antara satu sama lain agar mengurangkan budaya pembaziran yang berlebihan sepanjang bulan puasa ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut mengajak umat Islam untuk menggandakan ibadah, meningkatkan ketakwaan kepada Allah, dan kecintaan kepada manusia.

“Sambutlah Ramadan ini sebagai peluang terbaik untuk terus bermuhasabah dan memperbaiki diri.

“Mudah-mudahan setiap amalan kita akan diterima oleh Allah SWT dengan rahmat, kasih sayang, pengampunan dan keberkatan dariNya,” katanya.

Pada masa sama, Fadillah turut meminta umat Islam supaya menitipkan doa kepada penduduk di Gaza.

“Semoga Allah mengangkat doa-doa kita untuk pembebasan rakyat Palestin kelak,” katanya.

Beliau turut mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada umat Islam di seluruh negara.

“Ramadan Al-Mubarak, bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam, bulan terbaik untuk kita terus meningkatkan amal ibadah, dan memperbanyakkan sedekah serta amalan kebajikan,” katanya.

Umat Islam di seluruh Malaysia mula berpuasa hari ini. – 12 Mac 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related