Pemilikan syarikat pro-Israel dalam MAHB: ‘Itu tidak benar, tak payah spin lagi’

Anthony Loke berkata, apa yang diketengahkan Wan Ahmad Fayshal adalah berlandaskan kepada andaian wakil rakyat itu semata-mata

4:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyangkal dakwaan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal mengenai isu pembentukan konsortium antara Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Global Infrastructure Partners (GIP).

Ketika mencelah pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja peringkat Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Machang itu mendakwa GIP yang mempunyai kaitan dengan Israel akan memiliki pegangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Malah beliau mempersoalkan mengenai nilai tambah GIP terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menjawab mengenai perkara itu, Anthony Loke berkata, apa yang diketengahkan Wan Ahmad Fayshal adalah berlandaskan kepada andaian wakil rakyat itu semata-mata.

“Belum pun ada pengumuman kata kita nak jual (pegangan dalam MAHB) kepada GIP. Itu andaian Yang Berhormat. Yang kedua, keputusan semasa 2019, semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) dulu, tak pernah dibincangkan dalam Kabinet.

“Yang Berhormat boleh tanya Presiden parti Yang Berhormat (Tan Sri Muhyiddin Yassin), tak pernah dibincangkan dalam Kabinet. Tak pernah isu itu dibangkitkan dalam Kabinet pun.

“Yang ketiganya, isu pemilikan ekuiti, bagaimana dia (MAHB) nak strategik, kita tidak melibatkan Kementerian Pengangkutan. Syarikat MAHB ialah operator lapangan terbang. MOT (Kementerian Pengangkutan) ialah regulator. Jadi kita tak boleh campur tangan dari segi ekuiti MAHB, bagaimana struktur ekuiti, itu terpulang kepada Khazanah,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya cukup yakin dengan pengalaman dan profesionalisme Khazanah untuk membuat penilaian melibatkan perjanjian strategik.

“Dengan siapa mereka nak buat rakan strategik, itu terpulanglah. (Tetapi) setakat ini tiada langsung pengesahan bahawa Khazanah telah memasuki perjanjian mana-mana pihak.

“Kalau ada, sudah tentu akan ada pengumuman. Puas hati ya? Jadi tak payah spin (putar belit) lagi isu ini ya,” katanya.

Sebelum ini, Wan Ahmad Fayshal ada membangkitkan isu sama ketika sesi jawab lisan melibatkan Kementerian Luar Negeri.

Beliau mendakwa, GIP adalah milik penuh syarikat pelaburan Amerika Syarikat (AS), BlackRock Inc. yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Malah katanya, BlackRock merupakan pemegang saham kepada semua syarikat pembekal senjata yang membunuh rakyat Palestin di Gaza. – 11 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related