Kartel dalam Bersatu? Jika ya, Adun Selat Klang terlibat, kata Muhyiddin

Jangan mencari dalil apabila lakukan kesilapan besar malah tuduh parti buat itu adalah perbuatan tidak bertanggungjawab

3:05 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Parti Bersatu menolak dakwaan wujudnya kartel dalam parti itu di Selangor seperti dakwaan Adun Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari sebaliknya menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Tegas presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, parti itu bergerak atas dasar perlembagaan dan peraturan yang perlu diikut.

“Tiada kartel. Parti ini bergerak atas dasar perlembagaan. Ada peraturan. Rashid jadi timbalan pengerusi badan pimpinan negeri. Kalau ada kartel, berkartel dengan dia lah.

“Jangan cari dalil apabila lakukan kesilapan besar malah tuduh parti buat itu. Satu perbuatan tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) di sini, hari ini.

Rashid, yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata punca beliau berbuat demikian adalah kerana wujud kartel Bersatu di Selangor.

Rashid mendakwa kartel berkenaan dipimpin individu yang ‘baru sehari dua’ menyertai Bersatu dan ia merupakan punca beliau menyokong kepimpinan Amirudin.

Sambil menolak dakwaan merajuk, Rashid sebaliknya merasakan beliau tidak diperlukan oleh parti selepas sembilan tahun bekerja keras menubuhkan Bersatu Selangor. – 11 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related