Lapor secepat mungkin, dapatkan dokumen sah sekiranya temui bayi terdampar: Saifuddin

Saifuddin berkata, kementeriannya akan menyelesaikan baki 14,000 permohonan taraf kewarganegaraan sebelum 31 Disember tahun ini

11:48 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Individu yang menemui bayi terdampar perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa secepat mungkin bagi mengelakkan kesulitan susulan atau tindakan undang-undang pada masa depan, tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, individu terbabit perlu mendapatkan dokumen daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Ini bagi mengatasi kes bila ada ibu bapa yang jumpa baby (bayi) ini, mereka kemudian buat sijil surat beranak palsu daripada sindiket.

“Bila kanak-kanak itu dah besar, berusia 12 tahun, mereka tidak dapat buat MyKad disebabkan nama mereka tiada dalam rekod (Jabatan Pendaftaran Negara),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Dialog Khas PDRM di Maktab PDRM di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Saifuddin (tiga, kanan) bersama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (tengah) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (dua, kiri) hadir pada Sesi Dialog Khas Polis Diraja Malaysia di Maktab PDRM, Kuala Lumpur hari ini. – Muharram Kasim/Scoop, 11 Mac, 2024

Saifuddin berkata, kerajaan tidak pernah menafikan hak kewarganegaraan bayi terdampar, sebaliknya pemohon perlu mengikuti beberapa prosedur ditetapkan mengikut undang-undang negara ini.

Malah, katanya cadangan pindaan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah sindiket surat beranak palsu yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Dalam pada itu, Saifuddin menegaskan agar tidak ada lagi mana-mana pihak mempersoalkan tindakannya sebagai menteri yang mencadangkan pindaan perlembagaan tersebut.

Menurutnya, proses mendapatkan kewarganegaraan boleh diperoleh melalui tiga jalan, iaitu kuat kuasa undang-undang, pendaftaran dan naturalisasi.

“Warganegara Malaysia boleh diperolehi melalui tiga jalan, iaitu pertama kuatkuasa undang-undang, kedua pendaftaran dan ketiga adalah naturalisasi.

“Itu dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan, itu tiga cara. Jangan tanya saya Lembaga Persekutuan beri kuasa kepada Menteri Dalam Negeri meluluskan pendaftaran. Itulah undang-undang dari 1963. Kenapa mesti persoalkan sekarang,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kementeriannya akan menyelesaikan baki 14,000 permohonan taraf kewarganegaraan sebelum 31 Disember tahun ini.

“11,700 warganegara adalah anak angkat, anak terdampar dan anak tidak sah taraf (ibu bapa warga asing) yang ditinggalkan di hospital kerajaan. 85 peratus adalah anak angkat.

“Saya boleh selesaikan baki 14,000 ini sebelum 31 Disember. Tiada lagi kes berkaitan selepas tarikh itu.

“Dulu mereka perlu menunggu lima hingga tujuh tahun, sekarang hanya setahun. Komitmen kita kurang dari setahun, semua kita akan beri jawapan (kepada pemohonan kewarganegaraan),” katanya. – 11 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related