Dua anggota polis disyaki berkhalwat ditukar serta-merta

Tindakan tatatertib juga diambil terhadap dua anggota terbabit oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang

10:13 PM MYT

 

GEORGE TOWN — Dua anggota polis masing-masing berpangkat Koperal dan Sarjan Mejar yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Tanjung Tokong, semalam telah ditukarkan serta-merta.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata tindakan terhadap pasangan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya itu diambil selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.

“Selain arahan pertukaran, tindakan tatatertib juga diambil terhadap dua anggota terbabit oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang wanita yang masih berstatus isteri orang bersama seorang lelaki yang juga rakan sekerjanya ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas disyaki berkhalwat di dalam bilik sebuah hotel.

Serbuan dilakukan pada 1.30 pagi selepas pihak JHEAIPP menerima aduan daripada suami wanita itu.

Penolong Pengarah Kanan, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP Alamin Majok berkata hasil serbuan membawa kepada tangkapan seorang lelaki dan wanita yang masing-masing berumur 37 tahun.

Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 kerana berkhalwat. – 10 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related