KUALA LUMPUR – Peminat kartun Jepun dilanda kesedihan selepas Tarako, yang merupakan pemilik suara kepada anime terkenal dunia ‘Chibi Maruko-chan’ meninggal dunia pada usia 63 tahun, semalam.
Tarako dikenali kerana membawakan suara seorang budak perempuan dikenali sebagai Maruko yang selalu menimbulkan masalah.
Kematiannya diumumkan oleh agensi bakatnya pada Sabtu, namun punca kematian tidak didedahkan.
“Tarako meninggal dunia pada 4 Mac, 2024. Beliau telah berjuang untuk melawan penyakitnya sejak awal tahun ini, namun keadaannya merosot secara tiba-tiba,’’ katanya Pejabat Troubadour Musique dalam satu kenyataan.
Di sebalik watak sebagai seorang budak sekolah, Maruko dalam siri ‘Chibi Maruko-chan’ disukai ramai termasuk semua generasi disebabkan sifat malas tetapi baik hati.
Menerusi watak Maruko, suara ceria Tarako telah menghiburkan penduduk Jepun selama 34 tahun.
Kematiannya itu ternyata mengejutkan peminat anime yang baru-baru ini berdepan berita kematian pencipta ‘Dragon Ball’, Akira Toriyama yang meninggal dunia minggu lepas.
“Saya masih terkejut dengan kematian Toriyama dan kini Tarako? Fikiran saya tidak boleh menerima berita tragik ini,’’ kata salah seorang netizen di platform X.
Bermula sebagai siri manga yang ditulis oleh artis yang telah meninggal dunia, Momoko Sakura, Tarako sendiri menjadi model di belakang Maruko.
Siri ini telah diadaptasi menjadi anime pada 1990 dan sejak itu menjadi francais yang popular di seluruh dunia. – 10 Mac, 2024